Isnin, 15 Februari 2010

Mari Kite Muhasabah Diri

Salam sejahtera pada smua sahabat-sahabat bonda…kali ini bonda bonda bahasakan diri ana…agar lebih mudah bonda sampaikan tazkirah bonda dari hati ke hati sahabat-sahabat smua…

Semoga sahabat-sahabatku berada dlm keadaan cihat wal’afiat hendaknya dlm menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini. Kite hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah S.W.T. sememangnya mendatangkan ujian kpd setiap hambaNYA bagi menilai sejauh mana hambaNYA ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap kite merasakan 'MANIS'nya ujian itu. ‘MANIS’nya IMAN itu dan ‘INDAH’nya HIDUP itu…

Rasanya ramai sahabat-sahabat ana yang lebih berkelayakan dari ana untuk memberi tazkirah. Tapi pada kali ini ana cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat-sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kite kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Setiap Insan perlu diingat-ingatkan selalu… agar sentiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat-sahabat memperingatkan ana dan ana pula memperingatkan sahabat-sahabat. Sama-sama kite saling menasihati…. Betulkan????

Untuk kali seterusnya ana tazkirah kali ini… “ANA BERHARAP…. SAMA-SAMA KITE SALING NASIHAT MENASIHATI ANTARA SATU SAMA LAIN… DAN ANA HARAP JUGA SAHABAT-SAHABAT ANA DAPAT MEMBERI KOMEN APE YANG ANA SAMPAIKAN INI UNTUK D KONGSI BERSAMA-SAMA… SEDIKIT ILMU YANG Di CURAH KEMUDIAN Di TIMBA, LAMA KELAMAAN BERTAMBAH ”

Sahabat-sahabat ana yang d kasihi…

Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang dan mudah. Kadang kalanya kite d kata… tapi itulah sebenarnya ujian untuk kite teguhkan pendirian kite kepada yang baik dan lebih baik… manusia bertopengkan syaitan memang tidak senang melihat orang lain melakukan perkara yang baik… jadi kesukaran itu perlu kite lalui… Apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang d mimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran… jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju kedinginan musim sejuk kerana kite d lahirkan denganjiwa yang suci… putih…

Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kite???? Satu persoalan yang bermain di minda ana. Mungkin juga bermain minda sahabat-sahabat semua… ramai yang menjawab ya… yes… na’am...

Bukti sensitifnya kite terhadap diri kite adalah kite sentiasa muhasabah diri kite… Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya.

EMM… Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya???? Macam mana nak muhasabah diri kite???? Boleh semua sahabat-sahabt bertanya pada diri sendiri…

Sahabat-sahabat yang ana sayangi…

Tiap-tiap hari MUHASABAH atau MENGHITUNG DIRI mesti berlaku dan perlu d lakukan… lagi elok sbelum kite tidur… Kita menghisab atau menghitung segala apa yang kite lakukan pada hari tersebut… Hari ini banyak mana kebaikan yang kite lakukan… Banyak mana kejahatan yang kite lakukan... pahala ke dosa ke kite dapat????

Cuma ana nak pesan pada sahabat-sahabat dan diri ana sendiri sebenarnya tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian!!

( “Kite digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kite telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kite buat. Jangan!!! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kite rasa yang kite sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga atau riak bahawa kite ni baik dan berperibadi mulia. Ini la bahaya nyae... Lepas itu kite akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. ana harap sahabat-sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang pendek ni." )

Kite digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kite buat pada hari esok dan berikutnya. Kite mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kite lakukan.

ana nak beri satu contoh yang waqi' atau praktikal berada di dalam kehidupan kite. Pada hari sahabat-sahabat yang sedang membaca emel ini, adalah hari yang pertama…. Muhasabah berjalan seperti biasa.

Kata (di dalam hati) sahabat.. esok sahabatku mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat-sahabat dengan taqdir Allah S.W.T.. Sahabat-sahabat harus mencari peluang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Peluang atau Ruang untuk kite melakukan kebaikan ada yang datang secara kite tak jangka & ada yang dah pun kite jangkakan,kite juga perlu mencari ruang kebaikkan itu sendiri…

Ok.. ana bagi misalan Yang kita jangka… macam… selepas solat Subuh misalannya. sahabat membaca Al-Quran, surah-surah pilihan, ma’thurat, berzikir,bertasbih, berwirid & sebagainya (kebaikan).

Yang kite tak jangka pulak…contohnya… ada peminta sedekah yang tidak terdaya meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa..berat... Semua itu "BONUS' dari Allah buat kite sebagai ruang atau peluang mencari kebaikan. Jadi d situlah kite menabur kebaikan. Mana kita sangka, ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kite. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kite semua...tindakan sahabat-sahabat…Pahala yang tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan!!! betul tak sahabat-sahabat ana……

Manakala yang perlu kite cari sendiri seperti kite menawar diri pada sesuatu perkerjaan atau amalan yang baik atas niat yang baik tapi bukan atas niat menunjuk atau sebagainya…kerana kite perlu berusaha untuk mendapatkan hasilnya… usaha tanda kejayaan..kejayaannya adalah di akhirat kelak….

Sahabat-sahabat ana yang di cintai

Sebagai Kesimpulan dari perkara ini ialah kite mesti berfikir akan kebaikan yang akan kite lakukan dan JANGAN sekali-kali kite fikir atau ungkit-ungkit kebaikan yang telah kite laakukaan !!!!jangan sahabat-sahabat…

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kite tak payah susah-payah fikir atau ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu…maksudnya hati tu kotor!!! Yee lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kite kena renung-renung dan fikir-fikirkan, atau kite kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yang telah kite lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kite bahawa lemahnya kite….. Selepas berfikir tu, kite kena la susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke lembah kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kite tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu…jangan la pula keinsafan tu sebentar aje, sekejap je…pas tu ulang lagi…. Buat lagi…Buang la yang keruh ambil la yang jernihh…

Habis la sudah tazkirah ana yang tak seberapa ni…. harap-harap sahabat-sahabat dan ana sendiri dapat mengambil iktibar…. dan kite berjumpa lagi di hari yang datang dengan kisah yang menarik untuk d kongsi bersama….oh ya….pada sahabat-sahabat yang sedang membaca ni…ana nak cadangkan syariah unity adakan program luar kampus yang boleh memantapkan ilmu & ukhwah siswa siswi syariah tahun3…:-)

Terima kasih buat sahabat-sahabat ana yang sudi membaca memberi sedikit sebanyak komen nanti…. Sama-samalah kite buang yang keruh dan ambil yang jernih dan sama-sama juga kite bantu sahabat-sahabat yang mahu berubah…tidak perlulah kite mengata antara satu sama lain…

Tiada ulasan: