Memaparkan catatan dengan label * TAZKIRAH *. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label * TAZKIRAH *. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mac 2015

RaSa ReNDaH DiRi..

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak..

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!"...

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam...

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan...

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang"...

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak"...

Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"...

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan"...

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain...

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak...

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat...

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas.....

Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu...

Sahabat2 bonda... adik2 kakak2 abang2 ibu2 ayah2 molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat manusia...

moga kita trhindar dr sikap bangga diri, sombong, ujub dgn amalan kita sendiri... sekali2 jgn prnah brkata...
"Aku lebih baik daripada kau"

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARA SEIMAN BONDA...
YANG........

Yang singkat itu = "waktu"

Yang menipu itu = "dunia"

Yang dekat itu = "kematian"

Yang besar itu = "hawa nafsu"

Yang berat itu = "amanah"

Yang sulit itu = "ikhlas"

Yang mudah itu = "berbuat dosa"

Yang susah itu = "sabar"

Yang lupa itu = "bersyukur"

Yang membakar amal itu = "megumpat"

Yang ke neraka itu = "lidah"

Yang berharga itu = "iman"

Yang mententeramkan hati itu = "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu = "taubat"

(Imam Al Ghazali)  

Khamis, 17 Februari 2011

PeRiNGaTaN uNTuK DiRi YaNG LaLai

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt.

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.
2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.
3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.
4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.
5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.
6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.
7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.” Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh Tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?” Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hamper dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.” Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.” Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada Tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:
“Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…” Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai Tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.” Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.” Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Isnin, 7 Februari 2011

WARKAH BUAT ADIKKU SAYANG

Assalamu a'laikum w.b.t

kepada adik-adiku seagama yang ku sayangi....

pada kesempatan ini... inginku mngajak smua utk kte mrenung ke dlm dri kte... siapa sbenarnya kte... selama-lamanya kte akn berada didunia ini... atau sebenarnya ada satu lg destinasi yang bakal kte tujui...???

klu telah adik-adikku fahami... kte tidak selamanya didunia, mengapa trus leka????
mengapa malas mempersiapkn diri utk bertemu Dia yg Maha Esa??? saat berangkat bertemu Dia akn datang bila-bila masa saja...

bayangkan adik-adikku klu masa berangkat bertemu Dia pada mlm ini... bagaimana? bagaimana adik-adik??? tentu menggerunkan bukan???

adik-adik.... alam kubur itu kte tak tahu bgaimana suasananya... tak dapat kte byangkan bgaimana kte seorg dri di sana nnti... hanya brtemankn kain kafan... dapatkh kte bygkan saat gementarnya brhadapan seorg dri dgn dua malaikat yg bernama mungkar dan nakir... tak terbayang bengis dan menggerunkn rupa kedua2nya...

bayangkn adik-adik...banyangkn pukulan akn mengena kte... bayangkn kte terbenam kedalam bumi ketujuh... bayangkn jeritan kte seorg dri ketika itu.... bayangkn wahai adik-adikku... tiada siapa yg dapat mnyelamatkn kte....

pada malam ini ingin ku ucapkan kepada kalian smua... selamat bertemu Dia Yang Maha Esa... gementar rasanya bukan??? kepada dunia..ucapkan la selamat tggal... tinggallah engkau wahai dunia buat selama-lamanya... selamat tinggal wahai smua yg ku cintai... selamat tinggal ibu ayah.. yang brjasa mengasuh dan mendidikku sehingga sampai jua saat aku berpisah dengan kalian.... Doakanlah perjalananku menuju ke alam yang abadi... gementar rasanya...

kepada adik-adikku hingga brtemu lgi di akhirat sana nnti.. bersiaplah menempuh pngalaman menjadi sekujur mayat... gementarnay brtemu dgn Allah... dgn membawa dosa yang banyak ini

selamat neneruskan perjalanan bertemu Allah Yang Maha Esa...
YA ALLAH... RAHMATILAH DAKU.. AMPUNKAN DOSA-DOSAKU...

(((adik-adik2 yang d sayangi... warkah diatas hnyalah sdikit muhasabah diri utk kte smua...)))

Jumaat, 14 Januari 2011

SAMPAIKANLAH KEPADA PARA WANITA

alhamdulillah nikmat iman dan islam msih lg kte dpt rasakan..
msih lg kte menghirup udara yg Allah kurniakn pd kte...
juga msih lg kte dpt brnafas...
Alhamdulillah...

kali ni bonda mmbawa stu cerita n psanan pda wanita2 n ibu yg d luar sana...
pernah kte mndgr kisah Naelah Al-Farafisya...???
sedap nma ni.. leh buh nama anak... hehehe

Naelah sggup gadai nyawa demi Khalifah Uthman Al-Affan
Naelah Al-Farafisha seorg srikandi islam
yg trulung pd zaman Khalifah Uthman al-affan...
Beliau m'rupakn isteri kpd khalifah uthman al-affan
yg m'miliki akhlak t'rpuji sbg muslimah
dan wajah yg menawan hti setiap insan yg m'lihatnya .

Beliau m'rupakan sayap kiri kpd pejuangan Khalifah Uthman
yg sukar utk d'tukar ganti dan jga seorang isteri yg ikhlas,
setia dan taat kpd suami tersayang.....

beliau adalh peniup smangat pd suaminya...
pda pristiwa pngepungan yg brlaku
slama 50hri d rumah Khalifah Uthman Al-Affan
benar2 mguji thap keimanan dan ksabaran hti Naelah...
ktka itu beliau x prnah brjahuan dgn suaminy..
sntiasa mberi smangt pd suaminy agr trus tabah n sabar dlm prjuangan suci...
beliau sggup melindungi suami trcinta shingga trputus jejarinya...
dan dipijak2 dgn kejam oleh musuh..

itulh kisah Naelah scra rgkas...
lmbang kecintaan serta kesetian kpd suaminy..

seorg wnita slehah adalh lbih baik drpada 70 org wali
seorg wnita slehah lbih baik drpada 70 lelaki solehseorg wnita yg jhat adalh lebih buruk drpda 1,000 lelaki yg jahat

2 rakaat solat wnita yg hamil adalh lebih baik drpda 80 rakaat solat wnita yg x hamil

wnita y m'beri mnum susu kpd ankny drpda bdannya
akn dpt 1 pahala drpda tiap2 titik susu y dberiknnya
wnita y mlayan dgn baik suaminy pulang ke rumah
d dlm keadaan letih akn mndapat phala jihad
wnita yg mghabiskn mlmnya dgn tdur yg x slesa
krn mnjga ankny yg sakit akn mndapat phala sperti m'bebaskn 20 org hamba

wnita yg mlihat suaminy dgn kasih syang
dan suaminy mlihat isteri dgn ksih syang
akn dpandang Allah S.W.T. dgn pnuh rahmat....

wnita yg mnyebabkn suaminy keluar dan brjuang ke jlan Allah
dan wnita itu mnjaga adab rumah tggany akn msuk syurga 500 thun lebih awal dri suaminy
akn mnjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wnita itu akn dmandikan d dlm syurga
dan menuggu suaminy dgn mnunggang kuda yg dbuat drpda yakut

wnita yg x ckup tdo pd mlm hari krn mnjaga ank yg sakit
akn diampunkn oleh Allah akn sluruh dosa2ny
apbla wnta itu mghiburkn hati anknya
maka Allah S.W.T. akn mmberi 12 thun pahala ibadat kpdny.....

wnita yg mmerah susu haiwan dgn lafaz "bismillah"
akn didoakn oleh haiwan itu dgn doa keberkatan
wnita yg mnguli tepung gndum dgn lafaz "bismillah"
Allah akn berkatkn rezekinya....

wnita yg mnyapu lantai dgn brzikir akn mndapat phala sperti mnyapu lantai di Baitullah
wnita yg mnjga solat, puasa dan taat pd suami, Allah akn mngizinkanny utk msuk syurga dri mna2 pntu syurga yg dsukainya....
wnita yg hamil akn mndapat phala brpuasa pd siang hari

Sabtu, 9 Oktober 2010

ALAM MAYA VS ALAM REALITI

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.
Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.
Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.
Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.
Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..
Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.
Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.
Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..
Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita.. Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. Nafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat.. Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani Imbang Penuhkarenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling.. Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah.. Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..

Selasa, 17 Ogos 2010

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN




Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
wallahua'lam


Jumaat, 26 Februari 2010

Aku Sangat Cintakan Rasulullah S.A.W.


Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:


Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, bonda ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita.

BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, Bonda ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"i love Allah n I love Rasulullah S.A.W. n i love islam"

Isnin, 15 Februari 2010

Mari Kite Muhasabah Diri

Salam sejahtera pada smua sahabat-sahabat bonda…kali ini bonda bonda bahasakan diri ana…agar lebih mudah bonda sampaikan tazkirah bonda dari hati ke hati sahabat-sahabat smua…

Semoga sahabat-sahabatku berada dlm keadaan cihat wal’afiat hendaknya dlm menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini. Kite hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah S.W.T. sememangnya mendatangkan ujian kpd setiap hambaNYA bagi menilai sejauh mana hambaNYA ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap kite merasakan 'MANIS'nya ujian itu. ‘MANIS’nya IMAN itu dan ‘INDAH’nya HIDUP itu…

Rasanya ramai sahabat-sahabat ana yang lebih berkelayakan dari ana untuk memberi tazkirah. Tapi pada kali ini ana cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat-sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kite kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Setiap Insan perlu diingat-ingatkan selalu… agar sentiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat-sahabat memperingatkan ana dan ana pula memperingatkan sahabat-sahabat. Sama-sama kite saling menasihati…. Betulkan????

Untuk kali seterusnya ana tazkirah kali ini… “ANA BERHARAP…. SAMA-SAMA KITE SALING NASIHAT MENASIHATI ANTARA SATU SAMA LAIN… DAN ANA HARAP JUGA SAHABAT-SAHABAT ANA DAPAT MEMBERI KOMEN APE YANG ANA SAMPAIKAN INI UNTUK D KONGSI BERSAMA-SAMA… SEDIKIT ILMU YANG Di CURAH KEMUDIAN Di TIMBA, LAMA KELAMAAN BERTAMBAH ”

Sahabat-sahabat ana yang d kasihi…

Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang dan mudah. Kadang kalanya kite d kata… tapi itulah sebenarnya ujian untuk kite teguhkan pendirian kite kepada yang baik dan lebih baik… manusia bertopengkan syaitan memang tidak senang melihat orang lain melakukan perkara yang baik… jadi kesukaran itu perlu kite lalui… Apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang d mimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran… jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju kedinginan musim sejuk kerana kite d lahirkan denganjiwa yang suci… putih…

Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kite???? Satu persoalan yang bermain di minda ana. Mungkin juga bermain minda sahabat-sahabat semua… ramai yang menjawab ya… yes… na’am...

Bukti sensitifnya kite terhadap diri kite adalah kite sentiasa muhasabah diri kite… Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya.

EMM… Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya???? Macam mana nak muhasabah diri kite???? Boleh semua sahabat-sahabt bertanya pada diri sendiri…

Sahabat-sahabat yang ana sayangi…

Tiap-tiap hari MUHASABAH atau MENGHITUNG DIRI mesti berlaku dan perlu d lakukan… lagi elok sbelum kite tidur… Kita menghisab atau menghitung segala apa yang kite lakukan pada hari tersebut… Hari ini banyak mana kebaikan yang kite lakukan… Banyak mana kejahatan yang kite lakukan... pahala ke dosa ke kite dapat????

Cuma ana nak pesan pada sahabat-sahabat dan diri ana sendiri sebenarnya tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian!!

( “Kite digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kite telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kite buat. Jangan!!! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kite rasa yang kite sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga atau riak bahawa kite ni baik dan berperibadi mulia. Ini la bahaya nyae... Lepas itu kite akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. ana harap sahabat-sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang pendek ni." )

Kite digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kite buat pada hari esok dan berikutnya. Kite mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kite lakukan.

ana nak beri satu contoh yang waqi' atau praktikal berada di dalam kehidupan kite. Pada hari sahabat-sahabat yang sedang membaca emel ini, adalah hari yang pertama…. Muhasabah berjalan seperti biasa.

Kata (di dalam hati) sahabat.. esok sahabatku mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat-sahabat dengan taqdir Allah S.W.T.. Sahabat-sahabat harus mencari peluang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Peluang atau Ruang untuk kite melakukan kebaikan ada yang datang secara kite tak jangka & ada yang dah pun kite jangkakan,kite juga perlu mencari ruang kebaikkan itu sendiri…

Ok.. ana bagi misalan Yang kita jangka… macam… selepas solat Subuh misalannya. sahabat membaca Al-Quran, surah-surah pilihan, ma’thurat, berzikir,bertasbih, berwirid & sebagainya (kebaikan).

Yang kite tak jangka pulak…contohnya… ada peminta sedekah yang tidak terdaya meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa..berat... Semua itu "BONUS' dari Allah buat kite sebagai ruang atau peluang mencari kebaikan. Jadi d situlah kite menabur kebaikan. Mana kita sangka, ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kite. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kite semua...tindakan sahabat-sahabat…Pahala yang tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan!!! betul tak sahabat-sahabat ana……

Manakala yang perlu kite cari sendiri seperti kite menawar diri pada sesuatu perkerjaan atau amalan yang baik atas niat yang baik tapi bukan atas niat menunjuk atau sebagainya…kerana kite perlu berusaha untuk mendapatkan hasilnya… usaha tanda kejayaan..kejayaannya adalah di akhirat kelak….

Sahabat-sahabat ana yang di cintai

Sebagai Kesimpulan dari perkara ini ialah kite mesti berfikir akan kebaikan yang akan kite lakukan dan JANGAN sekali-kali kite fikir atau ungkit-ungkit kebaikan yang telah kite laakukaan !!!!jangan sahabat-sahabat…

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kite tak payah susah-payah fikir atau ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu…maksudnya hati tu kotor!!! Yee lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kite kena renung-renung dan fikir-fikirkan, atau kite kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yang telah kite lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kite bahawa lemahnya kite….. Selepas berfikir tu, kite kena la susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke lembah kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kite tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu…jangan la pula keinsafan tu sebentar aje, sekejap je…pas tu ulang lagi…. Buat lagi…Buang la yang keruh ambil la yang jernihh…

Habis la sudah tazkirah ana yang tak seberapa ni…. harap-harap sahabat-sahabat dan ana sendiri dapat mengambil iktibar…. dan kite berjumpa lagi di hari yang datang dengan kisah yang menarik untuk d kongsi bersama….oh ya….pada sahabat-sahabat yang sedang membaca ni…ana nak cadangkan syariah unity adakan program luar kampus yang boleh memantapkan ilmu & ukhwah siswa siswi syariah tahun3…:-)

Terima kasih buat sahabat-sahabat ana yang sudi membaca memberi sedikit sebanyak komen nanti…. Sama-samalah kite buang yang keruh dan ambil yang jernih dan sama-sama juga kite bantu sahabat-sahabat yang mahu berubah…tidak perlulah kite mengata antara satu sama lain…

Sabtu, 30 Januari 2010

DAKWAH....DEMI DAKWAH...

salam semua sahabat2 bonda yang dikasihi selalu.....


kali ini bonda dtangkan dgn satu pandangn...setelah baca bonda minta sahabat2 bagi komen walaupun satu ayat...bonda juga harap sahabat2 dapat berkongsi dengan bonda...bonda nak sahabat2 smua faham...dan teliti bab dakwah ni....ape tu dakwah???jawapan buku teks darjah enam tauhid : menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah....buka balik buku n baca sampai habis...kata seorang itu : seruan buat baik dan tinggalkan kejahatan....kiranya dakwah ni one method untuk menjalankan tugas sebagai hamba Allah, sebagai khalifah. Sebab Allah dah pesan suh amar makruf nahi mungkar....kalau dalam konteks sekarang, dakwah dah ade pelbagai cara.

Jika terlihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan jika mampu.
kalau tak mampu, gunakan lisan....jika tak mampu, cegahlah mengggunakan hati, sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman.

Dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana. dakwah boleh dlakukan dengan pelbagai cara. Kepesatan pembangunan teknologi merupakan satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam memartabatkan dakwah agar pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan berkesan. Kombinasi kedua- dua elemen iaitu dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Kehebatan teknologi yang wujud pada era sekarang harus dipandang sebagai satu kelebihan untuk dimanfaatkan bagi mereka yang bergelar teknodaei atau pendakwah pada zaman ICT.

Menyoroti sejarah bagaimana dakwah Islam mampu tersebar dan disampaikan kepada umat manusia, kisah Nabi Musa a.s boleh dijadikan iktibar. Bagaimana baginda dianugerahkan oleh Allah dengan mukjizat tongkat adalah kerana pada zaman tersebut, kepakaran sihir adalah antara ciri kekuatan dan menjadi pelindung kepada kezaliman penguasa. Hakikat inilah yang memaparkan bahawa cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa. Bertitik tolak daripada itulah, zaman teknologi maklumat tanpa batasan ini perlu diambilkira dalam aspek penyampaian risalah Allah.

sini bonda datangkan dengan pelbagai jenis dakwah yang boleh kita bawa...yang boleh kite jalankan dengan bil hikmah(tidak berkasar), bil maui'zah(penuh nasihat)tapi niat kena baik...baru mad'uu akan ikut...bil mujahidah(berdebat)....kebelakangan ni bonda slalu dengar hal2 berkaitan dgn dakwah...ini ok...ini x ok....ni betul...itu x....mcm2 la...org ni salahkan org ni....manusia2...


Dapat dilakukan dengan berbagai cara, sesuai dengan kmampuan masing-masing jurudakwah. Yang pasti, setiap Muslim wajib melaksanakannya karana sseorang Muslim berkewajipan menyebarkan kebenaran Islam kepada orang lain.

1. Dakwah Fardiah:
Dakwah Fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan sseorang kpd orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu upacara kelahiran (tasmiyah).

2. Dakwah Ammah:
Dakwah Ammah merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud menanamkan pengaruh kepada mereka. Media yang dipakai biasanya berbentuk khotbah (pidato). Dakwah Ammah ini kalau ditinjau dari segi subyeknya, ada yang dilakukan oleh perorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang berkecimpung dalam soal-soal dakwah.

3. Dakwah bil-Lisan:
Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila disampaikan berkaitan dengan hari ibadah, seperti khutbah Jum’at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan menyangkut ibadah praktis, konteks sajian terprogram, disampaikan dengan metode dialog dengan hadirin.

4. Dakwah bil-Haal:
Dakwah bil al-Hal adalah dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-Mad’ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si Da’i (juru dakwah). Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah. Pada saat pertama kali Rasulullah Saw tiba di kota Madinah, beliau mencontohkan Dakwah bil-Haal ini dengan mendirikan Masjid Quba dan mempersatukan kaum Anshor dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiyah.

5. Dakwah bit-Tadwin:
Memasuki zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah melalui tulisan) baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet, koran, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da’i, atau penulisnya sudah wafat. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.

6. Dakwah bil Hikmah:
Dakwah bil Hikmah Yakni menyampaikan dakwah dengan cara yang arif atau bijak, yaitu melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak obyek dakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemauannya sendiri, tidak merasa ada paksaan, tekanan maupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu metode pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif.

Dalam kitab Al-Hikmah Fi Al Dakwah Ilallah Ta’ala oleh Said bin Ali bin wahif al-Qathani diuraikan lebih jelas tentang pengertian Al-Hikmah. Menurut bahasa, Al-Hikmah artinya adil, ilmu, sabar, kenabian, dan Al-Qur’an; memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari kerusakan; ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama; obyek kebenaran (al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal; serta pengetahuan atau ma’rifat.

Menurut istilah syar’i, Al-Hikmah artinya valid (sah) dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, wara’ dalam Dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan menjawab dengan tegas dan tepat.

berjuanglah demi Allah....

Isnin, 25 Januari 2010

4 PeRKaRa YaNG TeRSiRaT

salam smua...
moga-moga sahabat bonda berada dalm sejahtera...
bonda dtgkan 4 perkara dalam blog ini utk kite smua hayati dgn hati dan jiwa kite sendiri... jgn la kite smua lali dgn ape yg kite ada dan jgn jugak kite lupa sape dri kite sbenarnya... jgn jugak kite bgga sgga lupa diri sndiri... dan trus hanyut dgn hal dunia smata-mata....
sama-samalah kite hayati ape yang bonda senaraikan...fikr-fikrkan lah wahai sahabat2 bonda smuanya...

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya
4 alamat orang rendah iman:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan
4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik
4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak bermoral
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih
4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima yg sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah
4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN,
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
Ketahuilah Tentang 4 Perkara
4 ALAMAT ORANG CERDIK
1. Berani menempuh bahaya
2. pandai bermanis muka dengan musuh
3. pandai melihat kesempatan, dan
4. dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 ALAMAT ORANG BERIMAN
1. meninggalkan maki
2. menjauhi menyakiti hati orang
3. lekas memberi ampun, dan
4. teliti menjatuhkan hukuman
4 TANDA ORANG BERAKAL
1. Cinta pada ilmu
2. tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. bagus jawabnya
4. banyak benarnya
4 ALAMAT ORANG RENDAH
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan
4 YANG MENIMBULKAN CINTA
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik
4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih
4 SEMPURNA DENGAN 4
1. ilmu dengan larangan
2. agama dengan takwa
3. amal dengan niat
4. kemuliaan dengan kelebihan
4 MESTI DIJAGA
1. Teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah
4 MACAM PERCARIAN
1. pertama akal,ialah orang yang hidup dengan bertani
2. pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
intai padi antara masak... esok jgn layu-layuan... intai kami antara nampak... esok jgn rindu-rinduan..