Rabu, 1 Jun 2011

WANG HANTARAN DAN MAS KAHWIN

  1. Apa beza wang hantaran dan mas kawin?
  2. Mas kawin adalah wajib semasa melangsungkan perkahwinan. Bakal suami wajib membayar sejumlah wang - emas - atau sebagainya kepada bakal isteri. Menjadi hak bakal isteri.
  3. Wang hantaran pula adalah budaya masyarakat setempat, permulaan tanggungjawab seorg suami dan kepecayaan ibu bapa utk seorg lelaki menjaga ank daranya( jaminan).
  4. Jika di Kelantan, tiada istilah wang hantaran. Istilah mas kawin dan wang hantaran ditafsirkan perkara yang sama. Selalunya hanya mas kawin, disebut dalam akad dan menjadi hak perempuan. Terpulang pada isteri jika beliau ingin memberi sebahagian pada keluarga untuk belanja perkahwinan. Sebahagian untuk membeli emas serta perhiasan. Dulu, orang perempuan boleh membeli tanah dengan mas kawin!
  5. Di luar Kelantan, mas kawin telah ditetapkan mengikut negeri. Daripada beberapa ringgit kepada beberapa ratus ringgit.
  1. Persepsi dan budaya yang tidak betul seperti berikut :-
a. Masyarakat amat mementingkan wang hantaran. Jumlahnya menjadi modal untuk berbangga sesama jiran tetangga. Dalam Islam - kita disuruh untuk mempermudahkan perkahwinan. Jika wang hantaran sahaja sudah mencecah berpuluh ribu ringgit, mana lagi duit untuk belanja kenduri? Tiada cara lain melainkan berhutang dengan bank @ along! Taraf pendidikan anak serta jenis kerjaya bukan alasan utama untuk menentukan nilai wang hantaran.
b. Pihak lelaki terpaksa mengeluarkan belanja kenduri semasa perkahwinan di pihak perempuan. Bukankah kenduri itu tanggungjawab ibubapa? Ada masyarakat yang menggunakan duit hantaran untuk belanja kenduri. Tinggi wang hantaran, meriahlah kenduri. Pihak lelaki tadi sudah tentu baru bekerja. Hutang PTPTN belum habis, loan kereta belum habis, apa yang diharap bakal suami ini untuk menjana serta menyara ekonomi selepas perkahwinan? sudah tentu dia akan terlibat dengan rasuah selepas kawin kerana hutang kawin terpaksa diselesaikan selepas beberapa tahun kawin!
c. Duit saguhati semasa kenduri. Sudah menjadi budaya, tetamu yang datang akan menghulurkan wang untuk membantu meringankan beban keluarga. Adakah betul tu? Kenduri disunnatkan untuk meraikan perkahwinan, untuk berkongsi kegembiraan, serta sebagai makluman kepada saudara, rakan taulan mengenai perkahwinan tersebut. Jadi, tiada istilah dibantu. Buat sekadar yang mampu. Kalau buat majlis melebihi kemampuan, sudah tentu tidak gembira selepas perkahwinan. Jika semua tetamu dari kalangan orang kaya raya ok, tetapi bagaimana jika orang miskin, hendak datang ke majlis kawin pun berfikir banyak kali.
d. Majlis perkahwinan anak bukan promosi politik atau apa sahaja niat yang ada.
e. Majlis perkahwinan bukan pentas pertandingan. Bertanding jumlah wang hantaran paling tinggi. Bertanding jumlah wang yang dapat dikutip selepas majlis kawin. Bertanding untuk menentukan majlis anak mana yang paling 'berjaya'. Ingat, utamakan yang wajib, jangan berlebih - lebihan dengan perkara sia - sia hingga membazir.


sesungguhnya, saya tahu ramai di luar sana tidak bersetuju dengan saya. Ibarat menongkah arus deras budaya masyarakat Melayu. Kita kena kembali pada ajaran agama, kelak kehidupan sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan tidak akan dibebani pelbagai masalah pada masa hadapan.
Ingatlah, bukan semua lelaki di luar sana anak orang kaya. Ada yang baru bekerja. Masih membayar hutang PTPTN. Masih mempunyai ibubapa serta adik - adik untuk dibantu. Dia juga bakal menyara seorang isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan. Dia juga perlu menyediakan rumah, belanja dapur, serta segalanya untuk anak perempuan atau isterinya nanti.
Jika beliau telah mengeluarkan berpuluh ribu duit semasa berkahwin, adakah mahligai masjid yang dibinanya itu nanti akan kukuh? Dari mana sumber kewangan itu hendak di cari?


Menteri Besar Kelantan mendakwa, semua anak perempuannya bermas kawinkan hanya seribu ringgit. Perempuan yang baik adalah yang paling rendah maharnya.
Buatkan kenduri mengikut kemampuan. Jangan berhutang.


" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN ITU SATU PERMULAAN TANGGUNGJAWAB YANG BAKAL GELAR SI SUAMI ? "
Aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana ini merupakan tanggungjawab penting seorang lelaki. Lelaki akan menjadi ketua dalam sebuah institusi kekeluargaan jadi segalanya bergantung kepada seorang lelaki. Nafkah zahir dan batin juga lelaki yang sediakan. Jadi, hantaran ini adalah sebagai tanggungjawab permulaan sebagi seorang lelaki. Walaupun bagi sesetengah lelaki ini adalah sesuatu yang sangat berat disebabkan sesetengah bakal isteri (keluarga sebelah perempuan) menetapkan nilai hantarannya. Tapi percayalah wahai lelaki, semua ini kita akan mendapat keberkatannya nanti insyaallah.
Bagi bakal isteri pula, janganlah terlalu meminta-minta berapa banyak nilai hantaran tersebut. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan bakal suami anda. Memang sesetengah lelaki menurut sahaja apa yang diminta oleh bakal isterinya tapi kita perlulah memahami situasinya. Kehidupan selepas perkahwinan itu yang penting. Tak perlulah meletakkan nilai yang terlalu tinggi sehinnga menyusahkan pihak lelaki untuk menyediakannya. Ini kerana, selepas pernikahan yang sah, sudah pastinya si lelaki akan menjaga isterinya dengan baik. Ingatlah, harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan yang kekal selamanya.
Oleh itu berpada2 dalam wang hantaran….

Khamis, 14 April 2011

JiWa HaLuS MiLiK-NYA

Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelah hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari dalam sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaannya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tetapi, dia tersungkur lagi.
Air jernih berjuraian menelusuri pipi dan dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf ‘Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaum hawa agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk tempoh-tempoh tertentu.
Walaupun pada hakikatnya, teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut nama-Nya, dan memuji keagungan-Nya.
Mutmainnah akui itu semua tapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.
"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki tu kan? Jalan tak pandang perempuan pun.”
“Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu..Nanti orang ingat kamu sewel pula."
“Mutmainnah…ini...”
"Mutmainnah…itu.."
"Aku memohon ampun darimu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat keberapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.
Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.
Ayat 125 dari surah Al-An’aam dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya.
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. [Surah Al-An’aam]
Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiq-Nya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Terasa dahaga dan lapar! Dengan rakus dia menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.
"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah berfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.

Khamis, 17 Februari 2011

PeRiNGaTaN uNTuK DiRi YaNG LaLai

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt.

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.
2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.
3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.
4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.
5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.
6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.
7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.” Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh Tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?” Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hamper dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.” Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.” Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada Tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:
“Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…” Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai Tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.” Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.” Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Isnin, 7 Februari 2011

WARKAH BUAT ADIKKU SAYANG

Assalamu a'laikum w.b.t

kepada adik-adiku seagama yang ku sayangi....

pada kesempatan ini... inginku mngajak smua utk kte mrenung ke dlm dri kte... siapa sbenarnya kte... selama-lamanya kte akn berada didunia ini... atau sebenarnya ada satu lg destinasi yang bakal kte tujui...???

klu telah adik-adikku fahami... kte tidak selamanya didunia, mengapa trus leka????
mengapa malas mempersiapkn diri utk bertemu Dia yg Maha Esa??? saat berangkat bertemu Dia akn datang bila-bila masa saja...

bayangkan adik-adikku klu masa berangkat bertemu Dia pada mlm ini... bagaimana? bagaimana adik-adik??? tentu menggerunkan bukan???

adik-adik.... alam kubur itu kte tak tahu bgaimana suasananya... tak dapat kte byangkan bgaimana kte seorg dri di sana nnti... hanya brtemankn kain kafan... dapatkh kte bygkan saat gementarnya brhadapan seorg dri dgn dua malaikat yg bernama mungkar dan nakir... tak terbayang bengis dan menggerunkn rupa kedua2nya...

bayangkn adik-adik...banyangkn pukulan akn mengena kte... bayangkn kte terbenam kedalam bumi ketujuh... bayangkn jeritan kte seorg dri ketika itu.... bayangkn wahai adik-adikku... tiada siapa yg dapat mnyelamatkn kte....

pada malam ini ingin ku ucapkan kepada kalian smua... selamat bertemu Dia Yang Maha Esa... gementar rasanya bukan??? kepada dunia..ucapkan la selamat tggal... tinggallah engkau wahai dunia buat selama-lamanya... selamat tinggal wahai smua yg ku cintai... selamat tinggal ibu ayah.. yang brjasa mengasuh dan mendidikku sehingga sampai jua saat aku berpisah dengan kalian.... Doakanlah perjalananku menuju ke alam yang abadi... gementar rasanya...

kepada adik-adikku hingga brtemu lgi di akhirat sana nnti.. bersiaplah menempuh pngalaman menjadi sekujur mayat... gementarnay brtemu dgn Allah... dgn membawa dosa yang banyak ini

selamat neneruskan perjalanan bertemu Allah Yang Maha Esa...
YA ALLAH... RAHMATILAH DAKU.. AMPUNKAN DOSA-DOSAKU...

(((adik-adik2 yang d sayangi... warkah diatas hnyalah sdikit muhasabah diri utk kte smua...)))

Jumaat, 14 Januari 2011

SAMPAIKANLAH KEPADA PARA WANITA

alhamdulillah nikmat iman dan islam msih lg kte dpt rasakan..
msih lg kte menghirup udara yg Allah kurniakn pd kte...
juga msih lg kte dpt brnafas...
Alhamdulillah...

kali ni bonda mmbawa stu cerita n psanan pda wanita2 n ibu yg d luar sana...
pernah kte mndgr kisah Naelah Al-Farafisya...???
sedap nma ni.. leh buh nama anak... hehehe

Naelah sggup gadai nyawa demi Khalifah Uthman Al-Affan
Naelah Al-Farafisha seorg srikandi islam
yg trulung pd zaman Khalifah Uthman al-affan...
Beliau m'rupakn isteri kpd khalifah uthman al-affan
yg m'miliki akhlak t'rpuji sbg muslimah
dan wajah yg menawan hti setiap insan yg m'lihatnya .

Beliau m'rupakan sayap kiri kpd pejuangan Khalifah Uthman
yg sukar utk d'tukar ganti dan jga seorang isteri yg ikhlas,
setia dan taat kpd suami tersayang.....

beliau adalh peniup smangat pd suaminya...
pda pristiwa pngepungan yg brlaku
slama 50hri d rumah Khalifah Uthman Al-Affan
benar2 mguji thap keimanan dan ksabaran hti Naelah...
ktka itu beliau x prnah brjahuan dgn suaminy..
sntiasa mberi smangt pd suaminy agr trus tabah n sabar dlm prjuangan suci...
beliau sggup melindungi suami trcinta shingga trputus jejarinya...
dan dipijak2 dgn kejam oleh musuh..

itulh kisah Naelah scra rgkas...
lmbang kecintaan serta kesetian kpd suaminy..

seorg wnita slehah adalh lbih baik drpada 70 org wali
seorg wnita slehah lbih baik drpada 70 lelaki solehseorg wnita yg jhat adalh lebih buruk drpda 1,000 lelaki yg jahat

2 rakaat solat wnita yg hamil adalh lebih baik drpda 80 rakaat solat wnita yg x hamil

wnita y m'beri mnum susu kpd ankny drpda bdannya
akn dpt 1 pahala drpda tiap2 titik susu y dberiknnya
wnita y mlayan dgn baik suaminy pulang ke rumah
d dlm keadaan letih akn mndapat phala jihad
wnita yg mghabiskn mlmnya dgn tdur yg x slesa
krn mnjga ankny yg sakit akn mndapat phala sperti m'bebaskn 20 org hamba

wnita yg mlihat suaminy dgn kasih syang
dan suaminy mlihat isteri dgn ksih syang
akn dpandang Allah S.W.T. dgn pnuh rahmat....

wnita yg mnyebabkn suaminy keluar dan brjuang ke jlan Allah
dan wnita itu mnjaga adab rumah tggany akn msuk syurga 500 thun lebih awal dri suaminy
akn mnjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wnita itu akn dmandikan d dlm syurga
dan menuggu suaminy dgn mnunggang kuda yg dbuat drpda yakut

wnita yg x ckup tdo pd mlm hari krn mnjaga ank yg sakit
akn diampunkn oleh Allah akn sluruh dosa2ny
apbla wnta itu mghiburkn hati anknya
maka Allah S.W.T. akn mmberi 12 thun pahala ibadat kpdny.....

wnita yg mmerah susu haiwan dgn lafaz "bismillah"
akn didoakn oleh haiwan itu dgn doa keberkatan
wnita yg mnguli tepung gndum dgn lafaz "bismillah"
Allah akn berkatkn rezekinya....

wnita yg mnyapu lantai dgn brzikir akn mndapat phala sperti mnyapu lantai di Baitullah
wnita yg mnjga solat, puasa dan taat pd suami, Allah akn mngizinkanny utk msuk syurga dri mna2 pntu syurga yg dsukainya....
wnita yg hamil akn mndapat phala brpuasa pd siang hari

Khamis, 13 Januari 2011

eMaS DiNAR

Emmmm.. bonda nk bg thu cikit, pasai dinar emas.. bonda dah miliki tahu.. cntik gitu tp... org kata emas kelantan lg cntik, cntik sangat2...



..: Kelebihan Dinar Emas :..

  • Emas mempunyai nilai intrinsic yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia
  • Dinar dan Dirham adalah mata wang Islam yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
  • Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpaan Dinar


..: Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :..

* Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
* Boleh digunakan untuk membayar zakat
* Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
* Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata
* Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli



..: Kelebihan membeli Dinar Emas :..

  • Perbezaan harga jualan dan belian yang rendah
  • Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia
  • Anda boleh menjual balik Dinar Emas dengan harga yang tertinggi mengikut harga pasaran kepada syarikat pada bila-bila masa.
  • Stok sentiasa ada
  • Mempunyai Sijil Ketulinan Emas yang sah



..: Perkhidmatan lain yang ditawarkan :..

  • membeli dan menjual jongkong dan syiling emas
  • Menempa emas terpakai menjadi jongkong
  • Membeli semua bentuk emas dan barang kemas
  • Menerima tempahan syiling emas.


**..: Dinar Emas (matawang Islam masa depan) :..**

..: Kelebihan Dinar Emas :..

  • Emas mempunyai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
  • Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayar zakat yang lebih tepat
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.




..: Di antara kegunaan Dinar :..

  1. Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
  2. Boleh digunakan untuk membayar zakat
  3. Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
  4. Boleh diberikan sebagai hadian/cenderamata
  5. Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli


..: Kelebihan Membeli Dinar Daripada Public Dinar Sdn.Bhd :..

  1. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah.
  2. Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia
  3. Anda boleh menjual balik Dinar emas dengan harga yang tertingi kepada syarikat pada bila-bila masa
  4. Stok sentiasa ada
  5. Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah
  6. Mempunyia cawagan di seluruh Malaysia (mudah dibeli dan dijual)

Selasa, 4 Januari 2011

SOALNYA HATI..........

tinta buat bakal suamiku...........

Assalamualaikum........Ape khabar imanmu....???
Alhamdulillah nikmat dah islam dpt d rasai...

Entah mimpi ape yg membuai hari nie...m'buatku begitu brani m'coretkan ssuatu utk drimu yg x pernah ku knali hatimu sblum ni.. Aku sbenarnya x pernah brniat utk mperkenalkan driku pda sesiapa... apatah lg mluahkan ssuatu yg hanya aku khususkan buat bakal suamiku sblum tiba masanya.. khadiaran sorg lelaki yg mnuntut ssuatu yg ku jg rapi slama ini smata-mata utk bakal suamiku, itulah hati dan cintaku... m'buatkn aku trsedar dri lenaku yg panjang d buai mimpi...

Ayah telah mndidikku smenjak kecil brsama ibu trcinta agar mnjaga maruah n mahkota driku krn Allah telah mnetapkannya utkmu ssuatu hri nnti... Ayah brkata, tggungjwab ibubapa terhadap anak prmpuan ialah menjaga n mmdidiknya shingga sorg lelaki mngambil-alih tggungjawab tu dri mreka. jadi, kau telah wujud dalam driku sejak dulu lg. sepanjang umurku ini, aku mnutup pintu hatiku dri mana2 lelaki krn aku tidak mahu m'blangkangimu...

Aku mghalang driku dripda mngenali mana2 lelaki krn aku tidak mahu mgenali lelaki lain slainmu, apatah lg mmahami mreka... krn itulah aku sdaya kudrat yg lemah nie m'batasi prgaulanku dgn mahramku... Aku lebih suka brada d rumah krn rumah adalah tempat yg trbaik bt sor prmpuan...aku sering brasa x slamat d prhatikan lelaki... bukan aku hndak brsgka buruk pda kaummu...ttpi lebih baik aku brwaspada krn byk cntoh depan mata kte...

aku plingkan wajahku yg asyik m'mrhati driku atau cuba mnegurku....aku sdaya y mgkin mlarikn pndanganku dri lelaki ajnabi...krn sayyidah Aishah r.a prnah brpesan "sbaik2 wnita adalah yg x mmandang n x d pandang oleh lelaki" aku x ingin d pandang cntik oleh mana2 lelaki... biarlah aku cntik d matamu... ape la gunanya aku mnjadi idaman ramai lelaki sdangkn aku hanya boleh mnjadi milikmu sorg... aku x brasa bgga mnjadi rbutan lelaki... bahkan aku brasa trhina d prlakukan sbegitu... seolah2 aku ini barang yg boleh d miliki ssuka hati...

aku juga x mahu mjadi punca kjatuhan sorg lelaki yg d kecewakn lantaran trlalu mgharapkn ssuatu yg x dpt aku berikn... bgaimana akn ku jwb d hadpan Allah kelak andai d soal...???adakah itu sumbanganku pd mnusia slama hdup d muka bumi??? klu aku x ingin kau mmandang prmpuan lain aku dululah yg prlu mnundukkn pandanganku... aku harus mmperbaiki dan mghias pribadiku krn itulah yg d tuntut oleh Allah... klu aku ingin lelaki yg trbaik mnjadi suamiku... aku juga prlu mnjadi wanita yg trbaik... bkankah Allah telah mnjadikn prmpuan yg baik utk lelaki yg baik???

x aku nafikn sbagai remaja, aku mmiliki perasaan menyayangi dan d syangi.... namun stiap kali prasaan itu dtng, stiap kali itulah aku mengingatkan driku bhawa aku prlu mnjga perasaan itu.. krna ia smata2 utkmu habibi... Allah telah mmuliakan sorg lelaki bakai mnjadi suamiku utk mnerima hati dan perasaanku yang suci...bukan hati yg mnjadi lebihan lelaki lain... kau brhak mndapat kasih yg tulen lg sjati...

driku yg smemangnya lemah nie telah d uji oleh Allah...ape bila sorg lelaki ingin brkenalan dgn ku...aku dgn tegas mnolak, brbagai2 dalil aku nyatakn... tapi dia ttap don't give up.. aku terasa seolah2 khidupanku yg tenang sblum nie telah d rampas driku... aku trtanya2 dpa driku "adakah aku brada d tebing kebinasaan??? aku bristighfar mmohon keampunanNYA... aku jg brdoa agar pemilik sgala rasa cinta mlindungi dri ku dri kejahatan...

khadirannya mbuatkn aku byk mmikirkn tntang drimu...malah aku yakin pada gerak hatiku yg mngatakn bhawa lelaki itu bkan teman hdupku kelak... aku bkan sorg gadis y crewet dlm mmilih psangan hdup... siapalah driku utk mmilih permata sdangkn driku hanyalah sbutir pasir yg wujud d mana2... tetapi aku juga m'punyai keinginan sprti wanita solehah yg lain... d lamar lelaki yg d nobat sbagai ahli syurga... memimpinku ke arah tuju yg satu... dan membimbingku ke jalan yg d redhai Allah... serta brsama2 brjuang...

xperlu kau mmiliki wjah setampan Nabi Yusuf, jg harta sluas prbendaharan Nabi Sulaiman, atau kkuasaan sluas krajaan Nabi Muhammad s.a.w. yg mmpu mndebarkan hati jutaan gadis... utk mmbuat aku trpikat... andainya kaulah jodohku...yg trtulis d Luh Mahfuz. Alah pasti mncampakkn rasa kasih dlm hatiku jua hatimu.... itu jnji Allah.. akn tetapi..slagi kte x d ijab slagi itu jgn dbazirkn prasaan itu krana kte...masih tidak mmpunyai hak utk brbuat bgitu... juga jgn mlampaui batasan yg telah Allah tetapkn... aku takut perlakuan itu akn mmberi kesan yg x baik dlm khidupan kte kelak...

Permintaanku x byk...cukuplah kau menyerahkn sluruh drimu pada mncari redha Illahi... aku akn brasa amat brtuah andai padt mnjadi tiang seri atau pun sandaran prjuanganmu... bahkan aku amat brsyukur pada Illahi kiranya akulah yg d takdirkn meniup smangat juangmu.... mghulur tnganku utkmu brpaut swaktu rebah atau trsngkur d medan yg d jnjikn Allah... dgn kmenangan atau syahid itu... akan ku kesat darah dri lukamu dgn tanganku sndiri... itu impianku...

aku pasti brendam air mata darah andainya kau menyerahkn sluruh cintamu kpdku... ckuplah kau mncintai Allah dgn spnuh hatimu habibi... krn dgn mncintai Allah, kau akn mncintaiku krnNYA... cnta itu lebih abadi dripada cnta biasa... smoga cinta itu jg yg akn mmpertmukan kte kmbali ke SYURGA...

wassalam...

Sabtu, 1 Januari 2011

satu, satu, satu satu....(1.1.11)


TAHUN BARU:
moga ia membawa pembaharuan pda kte..
agar lebih maju...
lebih sihat...
lebih baik dari thun yg sblumnya...
bila kte tgok n imbas kmbali...thun bru slalunya akn brlaku mcm2...
n remaja plak akn jdikan thun bru sbagai happy zina happy maksiat...tp x smua la....
sdih bonda mlihat rmaja2 d luar sana..trutamanya remaja prmpuan...
ape la nk jd zaman skarang...
kmbali ke zaman jahiliyah... cuba kte lihat... n anda fikirkan bgaimana nk mencegah.. atau anda nk biarkan bgitu saja... atau anda mhu cegah bila tiap kali thun bru mnjelang aje... atau anda hanya brkata "2 bkn masalah aku" atau anda melihat shja... atau anda m'baca n mngutuk d dpan akhbar aje... ape gunanya smua tu klu kte sndiri x mencegah
n x mmbantu mereka ke arah yg lebih baik..

ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.

Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Qu
ran.

Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.

Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Banda
raya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).

Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.

Sumber : HARIAN METRO
DATANG DARI KEDAH MEMADU KASIH
SEBAHAGIAN daripada remaja perempuan yang ditahan pada operasi cegah maksiat di Ampang malam kelmarin.

AMPANG – Seorang gadis sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2011 bersama kekasihnya yang bekerja di ibu negara.

Namun begitu, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dan kekasihnya dicekup selepas mereka didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Cheras Indah di sini malam kelmarin.

Gadis yang berusia 25 tahun dan pasangannya yang berumur 26 tahun merupakan antara 142 pasangan beragama Islam yang ditahan pada operasi mencegah maksiat sempena Tahun Baru 2011 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Enam daripada pasangan itu ditahan ketika berada di dalam bilik hotel manakala selebihnya ditahan di tempat-tempat awam.

SUMBER : KOSMO

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR