Sabtu, 1 Januari 2011

satu, satu, satu satu....(1.1.11)


TAHUN BARU:
moga ia membawa pembaharuan pda kte..
agar lebih maju...
lebih sihat...
lebih baik dari thun yg sblumnya...
bila kte tgok n imbas kmbali...thun bru slalunya akn brlaku mcm2...
n remaja plak akn jdikan thun bru sbagai happy zina happy maksiat...tp x smua la....
sdih bonda mlihat rmaja2 d luar sana..trutamanya remaja prmpuan...
ape la nk jd zaman skarang...
kmbali ke zaman jahiliyah... cuba kte lihat... n anda fikirkan bgaimana nk mencegah.. atau anda nk biarkan bgitu saja... atau anda mhu cegah bila tiap kali thun bru mnjelang aje... atau anda hanya brkata "2 bkn masalah aku" atau anda melihat shja... atau anda m'baca n mngutuk d dpan akhbar aje... ape gunanya smua tu klu kte sndiri x mencegah
n x mmbantu mereka ke arah yg lebih baik..

ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.

Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Qu
ran.

Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.

Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Banda
raya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).

Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.

Sumber : HARIAN METRO
DATANG DARI KEDAH MEMADU KASIH
SEBAHAGIAN daripada remaja perempuan yang ditahan pada operasi cegah maksiat di Ampang malam kelmarin.

AMPANG – Seorang gadis sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2011 bersama kekasihnya yang bekerja di ibu negara.

Namun begitu, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dan kekasihnya dicekup selepas mereka didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Cheras Indah di sini malam kelmarin.

Gadis yang berusia 25 tahun dan pasangannya yang berumur 26 tahun merupakan antara 142 pasangan beragama Islam yang ditahan pada operasi mencegah maksiat sempena Tahun Baru 2011 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Enam daripada pasangan itu ditahan ketika berada di dalam bilik hotel manakala selebihnya ditahan di tempat-tempat awam.

SUMBER : KOSMO

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Tiada ulasan: