Ya Allah....
Tidakku sedari
Selama ini cintaMU tak pernah menyepi
Rahmat Kasih SayangMU yang tiada bertepi
Setiap hambaMU tetap KAU sayangi
Biar pun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMU tidak pernah KAU mungkiri
Maafkanlah... Redhailah...
Mas kawin adalah wajib semasa melangsungkan perkahwinan. Bakal suami wajib membayar sejumlah wang - emas - atau sebagainya kepada bakal isteri. Menjadi hak bakal isteri.
Wang hantaran pula adalah budaya masyarakat setempat, permulaan tanggungjawab seorg suami dan kepecayaan ibu bapa utk seorg lelaki menjaga ank daranya( jaminan).
Jika di Kelantan, tiada istilah wang hantaran. Istilah mas kawin dan wang hantaran ditafsirkan perkara yang sama. Selalunya hanya mas kawin, disebut dalam akad dan menjadi hak perempuan. Terpulang pada isteri jika beliau ingin memberi sebahagian pada keluarga untuk belanja perkahwinan. Sebahagian untuk membeli emas serta perhiasan. Dulu, orang perempuan boleh membeli tanah dengan mas kawin!
Di luar Kelantan, mas kawin telah ditetapkan mengikut negeri. Daripada beberapa ringgit kepada beberapa ratus ringgit.
Persepsi dan budaya yang tidak betul seperti berikut :-
a. Masyarakat amat mementingkan wang hantaran. Jumlahnya menjadi modal untuk berbangga sesama jiran tetangga. Dalam Islam - kita disuruh untuk mempermudahkan perkahwinan. Jika wang hantaran sahaja sudah mencecah berpuluh ribu ringgit, mana lagi duit untuk belanja kenduri? Tiada cara lain melainkan berhutang dengan bank @ along! Taraf pendidikan anak serta jenis kerjaya bukan alasan utama untuk menentukan nilai wang hantaran.
b. Pihak lelaki terpaksa mengeluarkan belanja kenduri semasa perkahwinan di pihak perempuan. Bukankah kenduri itu tanggungjawab ibubapa? Ada masyarakat yang menggunakan duit hantaran untuk belanja kenduri. Tinggi wang hantaran, meriahlah kenduri. Pihak lelaki tadi sudah tentu baru bekerja. Hutang PTPTN belum habis, loan kereta belum habis, apa yang diharap bakal suami ini untuk menjana serta menyara ekonomi selepas perkahwinan? sudah tentu dia akan terlibat dengan rasuah selepas kawin kerana hutang kawin terpaksa diselesaikan selepas beberapa tahun kawin!
c. Duit saguhati semasa kenduri. Sudah menjadi budaya, tetamu yang datang akan menghulurkan wang untuk membantu meringankan beban keluarga. Adakah betul tu? Kenduri disunnatkan untuk meraikan perkahwinan, untuk berkongsi kegembiraan, serta sebagai makluman kepada saudara, rakan taulan mengenai perkahwinan tersebut. Jadi, tiada istilah dibantu. Buat sekadar yang mampu. Kalau buat majlis melebihi kemampuan, sudah tentu tidak gembira selepas perkahwinan. Jika semua tetamu dari kalangan orang kaya raya ok, tetapi bagaimana jika orang miskin, hendak datang ke majlis kawin pun berfikir banyak kali.
d. Majlis perkahwinan anak bukan promosi politik atau apa sahaja niat yang ada.
e. Majlis perkahwinan bukan pentas pertandingan. Bertanding jumlah wang hantaran paling tinggi. Bertanding jumlah wang yang dapat dikutip selepas majlis kawin. Bertanding untuk menentukan majlis anak mana yang paling 'berjaya'. Ingat, utamakan yang wajib, jangan berlebih - lebihan dengan perkara sia - sia hingga membazir.
sesungguhnya, saya tahu ramai di luar sana tidak bersetuju dengan saya. Ibarat menongkah arus deras budaya masyarakat Melayu. Kita kena kembali pada ajaran agama, kelak kehidupan sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan tidak akan dibebani pelbagai masalah pada masa hadapan.
Ingatlah, bukan semua lelaki di luar sana anak orang kaya. Ada yang baru bekerja. Masih membayar hutang PTPTN. Masih mempunyai ibubapa serta adik - adik untuk dibantu. Dia juga bakal menyara seorang isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan. Dia juga perlu menyediakan rumah, belanja dapur, serta segalanya untuk anak perempuan atau isterinya nanti.
Jika beliau telah mengeluarkan berpuluh ribu duit semasa berkahwin, adakah mahligai masjid yang dibinanya itu nanti akan kukuh? Dari mana sumber kewangan itu hendak di cari?
Menteri Besar Kelantan mendakwa, semua anak perempuannya bermas kawinkan hanya seribu ringgit. Perempuan yang baik adalah yang paling rendah maharnya.
Buatkan kenduri mengikut kemampuan. Jangan berhutang.
" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN ITU SATU PERMULAAN TANGGUNGJAWAB YANG BAKAL GELAR SI SUAMI ? "
Aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana ini merupakan tanggungjawab penting seorang lelaki. Lelaki akan menjadi ketua dalam sebuah institusi kekeluargaan jadi segalanya bergantung kepada seorang lelaki. Nafkah zahir dan batin juga lelaki yang sediakan. Jadi, hantaran ini adalah sebagai tanggungjawab permulaan sebagi seorang lelaki. Walaupun bagi sesetengah lelaki ini adalah sesuatu yang sangat berat disebabkan sesetengah bakal isteri (keluarga sebelah perempuan) menetapkan nilai hantarannya. Tapi percayalah wahai lelaki, semua ini kita akan mendapat keberkatannya nanti insyaallah.
Bagi bakal isteri pula, janganlah terlalu meminta-minta berapa banyak nilai hantaran tersebut. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan bakal suami anda. Memang sesetengah lelaki menurut sahaja apa yang diminta oleh bakal isterinya tapi kita perlulah memahami situasinya. Kehidupan selepas perkahwinan itu yang penting. Tak perlulah meletakkan nilai yang terlalu tinggi sehinnga menyusahkan pihak lelaki untuk menyediakannya. Ini kerana, selepas pernikahan yang sah, sudah pastinya si lelaki akan menjaga isterinya dengan baik. Ingatlah, harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan yang kekal selamanya.
Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelah hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari dalam sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaannya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tetapi, dia tersungkur lagi.
Air jernih berjuraian menelusuri pipi dan dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf ‘Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaum hawa agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk tempoh-tempoh tertentu.
Walaupun pada hakikatnya, teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut nama-Nya, dan memuji keagungan-Nya.
Mutmainnah akui itu semua tapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.
"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki tu kan? Jalan tak pandang perempuan pun.” “Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu..Nanti orang ingat kamu sewel pula." “Mutmainnah…ini...” "Mutmainnah…itu.."
"Aku memohon ampun darimu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat keberapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.
Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.
Ayat 125 dari surah Al-An’aam dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya.
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. [Surah Al-An’aam]
Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiq-Nya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Terasa dahaga dan lapar! Dengan rakus dia menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.
"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah berfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.
Entah mimpi ape yg membuai hari nie...m'buatku begitu brani m'coretkan ssuatu utk drimu yg x pernah ku knali hatimu sblum ni.. Aku sbenarnya x pernah brniat utk mperkenalkan driku pda sesiapa... apatah lg mluahkan ssuatu yg hanya aku khususkan buat bakal suamiku sblum tiba masanya.. khadiaran sorg lelaki yg mnuntut ssuatu yg ku jg rapi slama ini smata-mata utk bakal suamiku, itulah hati dan cintaku... m'buatkn aku trsedar dri lenaku yg panjang d buai mimpi...
Ayah telah mndidikku smenjak kecil brsama ibu trcinta agar mnjaga maruah n mahkota driku krn Allah telah mnetapkannya utkmu ssuatu hri nnti... Ayah brkata, tggungjwab ibubapa terhadap anak prmpuan ialah menjaga n mmdidiknya shingga sorg lelaki mngambil-alih tggungjawab tu dri mreka. jadi, kau telah wujud dalam driku sejak dulu lg. sepanjang umurku ini, aku mnutup pintu hatiku dri mana2 lelaki krn aku tidak mahu m'blangkangimu...
Aku mghalang driku dripda mngenali mana2 lelaki krn aku tidak mahu mgenali lelaki lain slainmu, apatah lg mmahami mreka... krn itulah aku sdaya kudrat yg lemah nie m'batasi prgaulanku dgn mahramku... Aku lebih suka brada d rumah krn rumah adalah tempat yg trbaik bt sor prmpuan...aku sering brasa x slamat d prhatikan lelaki... bukan aku hndak brsgka buruk pda kaummu...ttpi lebih baik aku brwaspada krn byk cntoh depan mata kte...
aku plingkan wajahku yg asyik m'mrhati driku atau cuba mnegurku....aku sdaya y mgkin mlarikn pndanganku dri lelaki ajnabi...krn sayyidah Aishah r.a prnah brpesan "sbaik2 wnita adalah yg x mmandang n x d pandang oleh lelaki" aku x ingin d pandang cntik oleh mana2 lelaki... biarlah aku cntik d matamu... ape la gunanya aku mnjadi idaman ramai lelaki sdangkn aku hanya boleh mnjadi milikmu sorg... aku x brasa bgga mnjadi rbutan lelaki... bahkan aku brasa trhina d prlakukan sbegitu... seolah2 aku ini barang yg boleh d miliki ssuka hati...
aku juga x mahu mjadi punca kjatuhan sorg lelaki yg d kecewakn lantaran trlalu mgharapkn ssuatu yg x dpt aku berikn... bgaimana akn ku jwb d hadpan Allah kelak andai d soal...???adakah itu sumbanganku pd mnusia slama hdup d muka bumi??? klu aku x ingin kau mmandang prmpuan lain aku dululah yg prlu mnundukkn pandanganku... aku harus mmperbaiki dan mghias pribadiku krn itulah yg d tuntut oleh Allah... klu aku ingin lelaki yg trbaik mnjadi suamiku... aku juga prlu mnjadi wanita yg trbaik... bkankah Allah telah mnjadikn prmpuan yg baik utk lelaki yg baik???
x aku nafikn sbagai remaja, aku mmiliki perasaan menyayangi dan d syangi.... namun stiap kali prasaan itu dtng, stiap kali itulah aku mengingatkan driku bhawa aku prlu mnjga perasaan itu.. krna ia smata2 utkmu habibi... Allah telah mmuliakan sorg lelaki bakai mnjadi suamiku utk mnerima hati dan perasaanku yang suci...bukan hati yg mnjadi lebihan lelaki lain... kau brhak mndapat kasih yg tulen lg sjati...
driku yg smemangnya lemah nie telah d uji oleh Allah...ape bila sorg lelaki ingin brkenalan dgn ku...aku dgn tegas mnolak, brbagai2 dalil aku nyatakn... tapi dia ttap don't give up.. aku terasa seolah2 khidupanku yg tenang sblum nie telah d rampas driku... aku trtanya2 dpa driku "adakah aku brada d tebing kebinasaan??? aku bristighfar mmohon keampunanNYA... aku jg brdoa agar pemilik sgala rasa cinta mlindungi dri ku dri kejahatan...
khadirannya mbuatkn aku byk mmikirkn tntang drimu...malah aku yakin pada gerak hatiku yg mngatakn bhawa lelaki itu bkan teman hdupku kelak... aku bkan sorg gadis y crewet dlm mmilih psangan hdup... siapalah driku utk mmilih permata sdangkn driku hanyalah sbutir pasir yg wujud d mana2... tetapi aku juga m'punyai keinginan sprti wanita solehah yg lain... d lamar lelaki yg d nobat sbagai ahli syurga... memimpinku ke arah tuju yg satu... dan membimbingku ke jalan yg d redhai Allah... serta brsama2 brjuang...
xperlu kau mmiliki wjah setampan Nabi Yusuf, jg harta sluas prbendaharan Nabi Sulaiman, atau kkuasaan sluas krajaan Nabi Muhammad s.a.w. yg mmpu mndebarkan hati jutaan gadis... utk mmbuat aku trpikat... andainya kaulah jodohku...yg trtulis d Luh Mahfuz. Alah pasti mncampakkn rasa kasih dlm hatiku jua hatimu.... itu jnji Allah.. akn tetapi..slagi kte x d ijab slagi itu jgn dbazirkn prasaan itu krana kte...masih tidak mmpunyai hak utk brbuat bgitu... juga jgn mlampaui batasan yg telah Allah tetapkn... aku takut perlakuan itu akn mmberi kesan yg x baik dlm khidupan kte kelak...
Permintaanku x byk...cukuplah kau menyerahkn sluruh drimu pada mncari redha Illahi... aku akn brasa amat brtuah andai padt mnjadi tiang seri atau pun sandaran prjuanganmu... bahkan aku amat brsyukur pada Illahi kiranya akulah yg d takdirkn meniup smangat juangmu.... mghulur tnganku utkmu brpaut swaktu rebah atau trsngkur d medan yg d jnjikn Allah... dgn kmenangan atau syahid itu... akan ku kesat darah dri lukamu dgn tanganku sndiri... itu impianku...
aku pasti brendam air mata darah andainya kau menyerahkn sluruh cintamu kpdku... ckuplah kau mncintai Allah dgn spnuh hatimu habibi... krn dgn mncintai Allah, kau akn mncintaiku krnNYA... cnta itu lebih abadi dripada cnta biasa... smoga cinta itu jg yg akn mmpertmukan kte kmbali ke SYURGA...
TAHUN BARU: moga ia membawa pembaharuan pda kte.. agar lebih maju... lebih sihat... lebih baik dari thun yg sblumnya...bila kte tgok n imbas kmbali...thun bru slalunya akn brlaku mcm2... n remaja plak akn jdikan thun bru sbagai happy zina happy maksiat...tp x smua la....sdih bonda mlihat rmaja2 d luar sana..trutamanya remaja prmpuan... ape la nk jd zaman skarang...kmbali ke zaman jahiliyah... cuba kte lihat...n anda fikirkan bgaimana nk mencegah..atau anda nk biarkan bgitu saja...atau anda mhu cegah bila tiap kali thun bru mnjelang aje...atau anda hanya brkata "2 bkn masalah aku"atau anda melihat shja...atau anda m'baca n mngutuk d dpan akhbar aje...ape gunanya smua tu klu kte sndiri x mencegah n x mmbantu mereka ke arah yg lebih baik..
ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.
Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.
Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Quran.
Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.
Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.
Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.
Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Banda
raya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).
Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.
Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.
Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.
Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.
Sumber : HARIAN METRO
DATANG DARI KEDAH MEMADU KASIH
SEBAHAGIAN daripada remaja perempuan yang ditahan pada operasi cegah maksiat di Ampang malam kelmarin.
AMPANG – Seorang gadis sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2011 bersama kekasihnya yang bekerja di ibu negara.
Namun begitu, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dan kekasihnya dicekup selepas mereka didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Cheras Indah di sini malam kelmarin.
Gadis yang berusia 25 tahun dan pasangannya yang berumur 26 tahun merupakan antara 142 pasangan beragama Islam yang ditahan pada operasi mencegah maksiat sempena Tahun Baru 2011 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Enam daripada pasangan itu ditahan ketika berada di dalam bilik hotel manakala selebihnya ditahan di tempat-tempat awam.
seminggu brtungku lumus adik bradik dlm persiapan menyambut org baru dlm kluarga.. penat letih x trkte.. tp gmbira x trhigga..
isnin: mjlis akad nikah d msjd... sabtu: rombongan pengantin lelaki... ke Jerniang emm...boleh kta smuanya adk bradik spupu spapat smua g tok leh msuk g klu x brgmbar n brpantun hehehe ahad: ha ni dia.. d kg jln titi hj idris, langgar pengantin kena jalan kaki g jmpa mak mrtua dlm hujan n lecah.. bek2 jtuh sat gi kwan2 dr kuin dtg penat2 tggu bas... smpai je trus brgambar.. posing... bek5 nnt jtuh beranda umah... moga bahagia..
1- uji iman hamba2nya. sbb tu lah org2 Islam lebih banyak dtimpa bala'
2-sbagai balasan dr-Nya atas perbuatan tangan2 zalim hamba2-Nya
oleh itu, bala' turun xmngira kecil besar,miskin kaya,semua kena..
3- sbgai penebus dosa (kafarah zunub) bg golongan yang zalim ni
sumenya ada dalam surah saba'
Kita hendaklah menyedari dengan penuh keinsafan bahawasanya apa yang berlaku ini, semuanya adalah satu ujian besar bagi umat islam, seperti yang terkandung dalam ayat al-quran. Allah telah memberitahu dengan firmannya dalam surah Al-Baqarah: 155-156 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Semua ini seharusnya menimbulkan rasa keinsafan yang mendalam di dalam hati kita. Apa yang menimpa kita adalah satu ujian dari Allah S.W.T kepada hambanya yang dia kasihi lagi di sayangi dan Allah juga menjanjikan berita gembira, pahala, rahmat, jalan keluar kepada hambanya yang bersabar dalam menghadapi ujian ini (banjir, kehilangan nyawa dan harta benda). Inilah ujian yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh orang-orang yang mengakui dirinya beriman kepada Allah S.W.T. Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut: 2 yang bermaksud:
“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan”.
Allah menegaskan bahawa orang islam tidak cukup dengan hanya beriman dan mengaku menjadi islam sahaja, tetapi hendaklah mereka bersabar dan tabah hati menerima ujian yang berupa kesusahan, kemalangan, kehilangan, kemusnahan yang menimpa diri dan harta benda kita .
Setelah apa yang telah menimpa kita dari musibah banjir ini, kita dapat lihat bagaimana ukhwah dan semangat persaudaraan umat islam di Malaysia yang datang menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada saudara mara kita yang menghadapi kesusahan dan amat memerlukan bantuan pada ketika ini. Ini juga merupakan ujian, mehnah dan tarbiyah kepada kita semua samada yang menghadapi musibah banjir ataupun yang tidak menghadapinya.
Justeru, sebagai orang islam dan orang yang beriman kepada Allah, semestinya kita redha dengan apa yang berlaku keatas kita. Ini merupakan satu ingatan Allah dan kita juga merasai bahawasanya Allah masih sayang kepada kita kerana dia memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk insaf dan kembali berpegang teguh dengan agama islam yang sebenar.
“Hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari”.
Satu-satunya ungkapan yang memberikan harapan besar kepada kita untuk kembali berusaha meningkatkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Musibah atau bencana pada hari ini bukanlah menjadikan kita rasa putus asa untuk meneruskan kehidupan, sebaliknya ia memberikan satu suntikan atau dorongan kepada kita untuk kembali meningkatkan iman dan taqwa dengan melaksanakan ubudiyah kita kepada Allah S.W.T.
Kita hendaklah melipatgandakan usaha kita dalam mengajak orang lain untuk kembali bersama-sama beriman dan berubudiyah kepada Allah yang Maha Esa. Kita hendaklah menyedari bahawasanya hidup didunia ini bukanlah untuk selama-lamanya, satu hari nanti kita akan dipanggil oleh Allah untuk bertemuNya, dan kesempatan hidup didunia ini, marilah sama-sama kita mencari bekalan taqwa untuk kita persembahkan padaNya satu hari nanti .
Jadikanlah ujian, musibah dan bencana yang dihadapi hari ini sebagai titik-tolak atau langkah permulaan bagi kita meneruskan kehidupan dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Dialah tuhan yang menjadikan kita, Dialah yang mengatur keseluruhan system alam semesta, Dialah yang mengetahui setiap apa yang dilakukanNya. Justeru, sudah semestinya ada hikmah dan pengampunan disebalik apa yang telah berlaku. Di sisi Allah S.W.T dilipatgandakan nilainya bagi orang-orang yang bersabar.
Satu hari satu saat jantung berdebar2... Tanpa di impikan dia datang... Allah maha kuasa... Allah maha Agung... Allah maha mendengar... Tanpa d rncang ia berbunga... Pada Ilahi aku sujud syukur... Hadiah yg brharga aku dberi...
PadaMu Ya Rabbi... Aku merasa bahagia... satu kehilangn dganti dgn chya y baru... Tarbiah utk dri dtruskan dgn bimbingan... Aku bersyukur... Aku bersyukur... Moga perjuanganku tidak terhenti... Semagat juang terus brsemadi d hatiku...
Ayah... ankmu ingin truskan perjuanganmu... Ayah... ankmu brsama pmimpin yg kau impikan... Ayah... ankmu berpegang dgn kata2 mu... Aku cintakan mu Ayah...
salam smua sahabat2 ana... sudah lama x m'cerita...
bonda cibuk ckit g ngajar... cuti pn ada keje...bonda sdang mngisi masa dgn prgm... sblum ngajar nslpas ngajar... xkire ape je jnji islamic la... kdang2 brtmbung tarikh.. penat ape tah lg..tp xpe.. tu jihad melatih dri sbenarnya...muhasabah diri...
bonda brsama2 shbt dri ipt2 serta shbat kbs... bkrjasama.... oh mmang sronok... n rasa puas bila bersma adk dri plbgai tmpat... bleh kta stiap mggu ada je prgm...
bonda sedih...bila bonda pergi satu prgm... ada adk2 kte ni perlu sngat tntang ilmu2 agama... kdang2 mak ayah x ambil pduli tntang ajaran agama... biar je... ank2 ikut ape y depa nak... sedih bonda.. bila dtanya nape adk x solat?? depa jwb mak ayah kmi pon x solat... nape xpakai stokin, x tutup aurat.. mak sy x kte pe pon... bonda tnya lg, nak msuk syurga x?? naaaaak... tapi nape x lakukan bnda yg dsuruh Allah???? smua diam... tersntuh ati bonda bila tgok keadaan adk2 ni..
marilah shbt bonda kte bntu adk2 kite dluar sana.... nnt bonda smbung lg...bonda ada keje jap.. nuri kat umah pon banyak..karang kat umah je bonda buat tempahan bunga telur dri surat kabar... bakul..pasu..mcm2 lg la... ada juga tmpahan kuih knduri n bju... krang kat umah ada akak,mak n bonda..so tu la kerja kmi kat umah...
Bonda ada satu cerita yang nk di kongsi....pada suatu hari ada dua ekor binatang berdiri atas tanah.....dan 1 tinggi 1 rendah....nape ye????sebab ape tau...sebab sang kancil kaki panjang sekor lagi kura-kura...
Mcm ni ceta dia....ada seorg hamba Allah ni bercerita.... ” masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....
so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ...
next..mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .
Hri ni bonda nk bercerita... berkongsi serba cikit suasana yg d alami... 2 minggu suka sibuk kan diri d kampus...walaupun ada kerja2 lain kat luar....saja nak ambl pengalaman....pengalaman punya pasal smpai x sempat blik umah tmbah plak xde sapa yg dtg ambil krang ni...xpe je...tp ana tetap jgak call ibu d umah..cian ibu krang ni dah sunyi dah....dah x g mana2...tido pun dah awal...
Hri ni ana brsama2 mardiah...sembang2 smbil buat terjemah masing2....mar siap buat lawak lagi...boleh la hilang tension....pas tu mar nangis2 ingt kat doktor....ish2...kalah budak kocik..hehe... mar ni sibuk gak org dia...k karang ana cete lagi...pas nuri kawan kawen, ana trus je blik hostel dgn abg. nak nek bas ptg2??? maaf la xkan dpt punya..nnti mrajuk ibu. syg sgguh ibu kat ank dia.. so blik la...
Lepas esoknya kuliah mula la terfikir nk cibukkan dri...lama x g progrm...x join skali... windu... masuk la ana dlm smua prgrm dlm 3mggu ni...xnk tggal 1 pun. fuh....letih...letih ...bangat... dgn ajk ATC (adhoc trainning centre), tklimat kem biah solehah, jd crew seminar kenali potensi diri, postmotem KBS kat taman siswa UUM, meting...n buat demo let's discuss class (tajuk : cinta ustaz ustazah) kena paksa masuk...tp xpe je... suka je leh kgsi pengalaman.... pengerusi dia umayr...soalan dia...ish5 ish2...mcm nak tokak je kepala dia...xpe je..bgus sbnar nya...mcm ni la org nak. kte kupas kte hujah kte fikir...I.Q. kte leh kembang, lebih terbuka... bukan smpai terbuka mulut pas tu keluaq ayaq liuq....hebat la tu..hehe...pas tu meting plak...dgn sha...hehe dating la kami....x haram pun...bukan buat maksiat...mar tnya : sha??? sha mana??? risau la tu... ala...sha.... kak natasha la...kwn rapat 2...
Esok nuri kawan kawen lg...ish2 depa ni kawen bukan nk ajq ana sekali...xpe je...thun depan ana plak...insya Allah..mar carikan sorang...emmm... pas tu ajk ekspirasi kesenian islam...bleh ambil gmbr dgn pak long....muaz pun skali la...tgok la hencem ke x dia ni...tiba-tiba ada pggilan masuk nk ckap tp nak ketawa..nape???dah x betul ke??? x berapa senta kot.... geram ana call tp men2. nk mrah tp xreti..tu la cuma mcm nk kaleh je hdung dia naik kok atas... pas tu ada plak 1 sms dri org len msuk tut tut tut..tika ana cibuk hidang mkanan...sms dri org lama...utk ape???nape??? abaikan... tpi mgkin penting...ana pun blas, rupa2nya dia dtg n sruh g jmpa akak dia dtg jgak dgn abg ipar dia..segan la ana, tp nnti ape plak kta akak dia...g la ana wlaupn sbentar..tunai kan permintaan baik org. pas smbung kmbli keje.. keje tetap keje... pas tu lg ajk prgrm nisa' " cegah jenayah" best...rugi yg x macuk...n kemudi plak....2hri..
bertrusan siang mlmnya...solat pun ada awal n ada lewatnya...study..??? ha mcm ne... lewat mlm la jwpannya...kdang2..smpai koi 3 4pg bru tdo...letih jgk tpi ana prnah buat prgrm kat sek dulu, selesai urus adik2, meting koi 1pg smpai koi 4pg... leh tdo 1jam je...pas tu kena bgun koi 5pg....badan rasa malas...lama2 kelamaan bila kte biasa dgn suasana mcm ni benda 2 dah jdi rutin...tp tu la..x elok utk kesihatan kte sbenarnya..
cibuk punya cibuk...smpai lupa amal sanah keesokkan pgnya...tekezut ana..nasib baik muaz peringatkan...klu x jwb kertas kosong la.... terima kasih muaz... terima kasih coz hidupkan ingtan akak...lepas amal sanah,ape lagi mula la bantal n tilam panggil2 ana...ye...ape lagi..beristana la ana... esoknya follow up adk2 nad'u...rindu kat depa...pas exam nk bt prjmpaan kat RFC...jom sapa nk ikut??? nmpaknya 5mggu kat kmpus la bru leh blik...huhuhu...rindu...ibuayah...nak salam nak peluk nak cium...al-fatihah...
krang tiba la masanya ana utk ana....mar jom mkn...lapo la..cacing dah menari2 ni, konsert ape ntah diorang buat...siap lagu rock lg..eh...ada sms...mak we antq... "we on the way ni??? u can back??? eh....spking plak dgn mak su dia... k nak layan teacher ni jap... k....tata..titi..tutu..
salam semua adik2 akak.... ape khabar mujahidah....( alhamdulillah, nikmat iman islam....Allahu Akhbar )
sudah bberapa bulan adik2 bersama keluarga....dah lupa kat akak ke???? ok2..akak nak jmput smua adik2 KBS thun 2009 g re-union kat kidu minggu depan....jgn lupa tau... jangan lupa.....pada :
Tarikh: 12, 13 & 14 Mac 2010
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat : Muassasah Darul Ulum
TEMa : ” Memantapkanukhwah generasi Rabbani”
rindu akak kat semua... tambah group 10...dtg ye adk2 akak...eee...tgok 2 gmbar kte masa makan kat tepiair..minum air bandum panas hehehe....pengalaman tu...yang kat atas tu bersama2 teman2 nisa'..x sangka boleh jmpa dgn kwn2 lama... oh ye...nak tau tentatif program buka la http://kembinasahsiah.blogspot.com/ pada fesi2 pun jom la kite g sama2....kalau cibuk bangat...g sebentar pun x pe ba... kite sama mengimbas kembali kenangan bersama...n sambil muhasabah diri kite ye.....k jmpa di sana...