Rabu, 1 April 2015

PAU ROS GEBU DAN LEMBUT

       Salam smua.. kali ini bonda bawakn resepi yg brbunga2 utk suami tercinta.. last mkn dgn baby luqman jgk.. walid n abg habib riadah ari ni, lewat plak balik.. xpe bonda dah simpan utk diorg..

       Jom kite mulakn.. resepi ni bonda ambil dri dari satu blog yg bonda baca2.. boleh la cecuba2 Sumber:Noreen

Bahan-bahan (10 biji).. boleh la utk minum petang  :-

* 250gm tepung pau atau tepung gandum (bg bonda, mana2 pn xpe)
* 3gm (1 tsp) yis
* 2gm (1/2 tsp) baking powder (kta afifah adik ipar bonda, powder yg dlm tin tu elok)
* 50gm (4 tbsp) gula castor
* 20gm (1 tbsp) lem
* 2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tak dak pun pau masih lg gebu & lembut
* 1/2 cawan air suam (yg ni bonda xpasti.. tambah la air sampai doh elok diuli)
* sedikit pewarna...

Inti secukupnya (sesuai selera) xde inti pon xpe.. jaga kesihatan hehehe..

Ok badan dah ade boleh la mula buat...cara-caranya :-

  1. Satukan tepung, yis,baking powder, gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan
  2. Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit.. jgn byk sgt.. sukat dulu utk 1/2 cawan... nnt klu nk tmbah2 ikut la ye.. sedikit pwarna ye..
  3. Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan.
  4. Jika..  ingat ye jika jika jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran
  5. Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati... jgn lupa letak perwarna ye..
  6. Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan menjadi bulat.
  7. Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang disukai dan tutup la dgn corak bunga ros.. bentukkn pau tu.. klu ade wrna hijau kan comei....mei mei.. Lakukan sehingga habis.
  8. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.
  9. Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan pau-pau cantik2 tu...kukuskanlah selama 10 minit.

Rabu, 11 Mac 2015

RaSa ReNDaH DiRi..

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak..

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!"...

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam...

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan...

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang"...

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak"...

Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"...

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan"...

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain...

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak...

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat...

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas.....

Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu...

Sahabat2 bonda... adik2 kakak2 abang2 ibu2 ayah2 molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat manusia...

moga kita trhindar dr sikap bangga diri, sombong, ujub dgn amalan kita sendiri... sekali2 jgn prnah brkata...
"Aku lebih baik daripada kau"

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARA SEIMAN BONDA...
YANG........

Yang singkat itu = "waktu"

Yang menipu itu = "dunia"

Yang dekat itu = "kematian"

Yang besar itu = "hawa nafsu"

Yang berat itu = "amanah"

Yang sulit itu = "ikhlas"

Yang mudah itu = "berbuat dosa"

Yang susah itu = "sabar"

Yang lupa itu = "bersyukur"

Yang membakar amal itu = "megumpat"

Yang ke neraka itu = "lidah"

Yang berharga itu = "iman"

Yang mententeramkan hati itu = "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu = "taubat"

(Imam Al Ghazali)  

Selasa, 3 Mac 2015

..: DoA-dOa KeTiKa Di DaPuR :..

     Assalamualaikum.. kali ini boda bawakan sedikit ilmu, boleh di amalkan terutamanya bagi ibu2 isteri2 dan anak2 dara... Islam itu memang indah.. indah lagi kalau kite selalu amalkan... Segalanya ada prosedur. Semuanya ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Banyak doa-doa dan zikir-zikir yang disarankan untuk kita amalkan. Sehinggakan doa ketika di dapur pun ada.

     Kebiasanya yang suka duduk di dapur ni orang perempuan... termasuk la bonda ni... Tapi ada  uga orang lelaki yang suka ke dapur dek kerana suka memasak atau menolong ibu dan isteri...

     Emmm suami tercinta bonda pon masuk dapur jugak bila berkelapangan... ketika itu bonda rasa berbunga je hati ni... Allah.. 

     Menolong menyediakan makanan untuk keluarga dah dapat pahala dah bagi isteri. Ditambah pula dengan amalan doa ketika di dapur... Lagi la banyak dapat pahala untuk isteri.

     Basuh beras pun ada caranya... Basuh beras dengan cara menggaul dan membuat pusingan bertentangan pusingan jam ataupun mengikut arah pusingan tawaf. Masa itu lah selawat dibaca... hah, jangan lupa tu... ade jugak orang masak nasi tak selawat, malah dok membebel je... emm tak patut tak patut...

     Emm lepas ni.. lepas baca blog bonda ni, cepat2 la tulis or printkan.. haa tampal kat dapur.. boleh amalkan dan terus amalkan...

Ini adalah doanya:

Doa Masuk Dapur 

 رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)

 الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)

 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

 لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah (Baca 3 kali)

 فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)

 فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)

 وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

     Doa ketika di dapur ini semuanya adalah daripada ayat Al Quran dan hadith. Jadi membacanya insyaAllah akan mendapat ganjaran.

     Jadi, kepada ibu2 isteri2 mahupun anak dara, jika berada di dapur menyediakan makanan untuk keluarga tu, bolehla amalkan doa2 ni... Niatkan dan doa di dalam hati agar rumahtangga kita bahagia, terhindar daripada perkara-perkara yang tak diingini, kasih sayang dan sebagainya.

Semoga kite semua diberkati Allah... Selamat beramal dengan doa ketika di dapur.

Isnin, 9 Februari 2015

jom pergi...

Jom kite dptkn ilmu.. kedah nantikan daku







Isnin, 14 Januari 2013

LaNTuNaN MaHaBBaH

.: JOM SAMA-SAMA KITE PERGI :.