Selasa, 3 Mac 2015

..: DoA-dOa KeTiKa Di DaPuR :..

     Assalamualaikum.. kali ini boda bawakan sedikit ilmu, boleh di amalkan terutamanya bagi ibu2 isteri2 dan anak2 dara... Islam itu memang indah.. indah lagi kalau kite selalu amalkan... Segalanya ada prosedur. Semuanya ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Banyak doa-doa dan zikir-zikir yang disarankan untuk kita amalkan. Sehinggakan doa ketika di dapur pun ada.

     Kebiasanya yang suka duduk di dapur ni orang perempuan... termasuk la bonda ni... Tapi ada  uga orang lelaki yang suka ke dapur dek kerana suka memasak atau menolong ibu dan isteri...

     Emmm suami tercinta bonda pon masuk dapur jugak bila berkelapangan... ketika itu bonda rasa berbunga je hati ni... Allah.. 

     Menolong menyediakan makanan untuk keluarga dah dapat pahala dah bagi isteri. Ditambah pula dengan amalan doa ketika di dapur... Lagi la banyak dapat pahala untuk isteri.

     Basuh beras pun ada caranya... Basuh beras dengan cara menggaul dan membuat pusingan bertentangan pusingan jam ataupun mengikut arah pusingan tawaf. Masa itu lah selawat dibaca... hah, jangan lupa tu... ade jugak orang masak nasi tak selawat, malah dok membebel je... emm tak patut tak patut...

     Emm lepas ni.. lepas baca blog bonda ni, cepat2 la tulis or printkan.. haa tampal kat dapur.. boleh amalkan dan terus amalkan...

Ini adalah doanya:

Doa Masuk Dapur 

 رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)

 الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)

 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

 لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah (Baca 3 kali)

 فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)

 فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)

 وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

     Doa ketika di dapur ini semuanya adalah daripada ayat Al Quran dan hadith. Jadi membacanya insyaAllah akan mendapat ganjaran.

     Jadi, kepada ibu2 isteri2 mahupun anak dara, jika berada di dapur menyediakan makanan untuk keluarga tu, bolehla amalkan doa2 ni... Niatkan dan doa di dalam hati agar rumahtangga kita bahagia, terhindar daripada perkara-perkara yang tak diingini, kasih sayang dan sebagainya.

Semoga kite semua diberkati Allah... Selamat beramal dengan doa ketika di dapur.

Tiada ulasan: