Rabu, 28 Oktober 2009

DiKiSaHKaN DaLaM SeBuaH KiTaB KaRaNGaN IMaM AL-GHaZaLi

-->
bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya, maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepadA Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengaR penjelasan orang itu, maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Sabtu, 17 Oktober 2009

MeMBaNTu SaMBiL MeNZiaRaH

alhamdulillah....
16 Okt 2009 smpai jg ana ke rumah doktor2 arab...sronok...suka...gmbira...
walaupun kena buat keje...luas tempatnya...aman..tenang...

pada mulanya ana xnak g, tapi bila fkir2k
an blik...bila lg nak smpai situ...
ini je pluang y ada ut
k ke sana...tapiiiiiiii....
ana blik awal coz ada temu
janji dgn sseorg....
sape???? istmewa???? emmm R
AHSIA...ayahanda ana la....ayahbonda tercinta....
eh,brbalik pada cete xdi..
ana dan kwn brtolak pd jam 9.30a.m..sampai je trus buat keje...
buat mcm rumah sndiri pulak tu...ish ish ish...
yg lawaknya...dah slesai
kemas bru nak brgambar.
pas tu kami buat laksam p
ulak...eh silap...
laksam dah siap cum
a tlong potong je hehe....
pas tu ana blik rum
ah...tinggal la kwn2...
xdpt la ana brsama doktor2..j
om tngok gmbar........
kediaman doktor2 dan staf2 kuin….


bahan2 yang sudah kami potong...hehe potong je..laksam kegemaranku.....




Isnin, 5 Oktober 2009

oRaNG BaRu

SALAM SMUA.....
ana ada berita gembira
nak d kongsikan bersama...

bru-bru ni rumah ana baru mnyambut org bru...namanya muhammad adam fitri..comel sangat2. ana suka...mcm nk cubit je pipi dia....smua ahli fmly gmbira..ahli fmly ana ada 29 org.. 2 baru cikit je..xmsuk spupu spapat lg hehehe.... ank buah ana smua dah 14 org, 2 x masuk cucu ana lg 2 org hehe dah tua ye... akak moga shat2 slalu....

Sabtu, 3 Oktober 2009

TaHNiaH

salam smua...
tahniah syariah thn3 yg m'menangi anugerah malam penutupan MPM dan smbutan hari raye...Xlupa juga pada umayr dan fauzan yg m'beranikan diri mnjadi pngerusi majlis dalam 3bhsa n sdikit bhs thai...

tahniah syariah thn3 anda mampu bersama MPM, tahniah smua warga syariah 1,2,3&4 krn anda boleh menyerikan ukhwah brsama2 warga insaniah.TAHNIAH...
TAHNIAH : ammar (sya4)
shazni
(sya4) muaz (sya3) syukri (sya3) fauziah (sya3) mrdiah (sya3) umayr (sya3) intan (sya3) fauzan (sya3) zamilah (sya3) khadijah (sya3).

MPM anda tahniah jg ana ucpkan, krn ana sgguh kgum dgn prgrm yg d anjurkn pd mlm itu sgguh luar biasa smbutnnya dri pljar2 kuin... tahniah....

Selasa, 29 September 2009

DaRi GuRuKu (SYeiKH)

-->
wahai anakku TUNTUTLAH ILMU
kalau engkau menjadi KAYA
ILMU
itu menjadi PERHIASANMU
kalau engkau ditakdirkan MISKIN
ILMU itu menjadi HARTAMU
"wasiat luqmanul hakim kepada anaknya"

Pohon maaf dariku, Ku dambarkan secebis perasaan untuk renunganmu, Jadikan solat perhiasan dirimu, Al-Quran bimbinganmu, Buku teman setiamu, Taatlah perintah ayah dan ibumu, Patuhlah arahan gurumu, Hormatilah rakan taulanmu, Hindarilah temanyang bakal merosakkan dirimu,Jauhilah dirimu dari membazir waktu, Bertekatlah untuk mengejar sejambak kejayaan, Kalongan doa dan harapan sentiasa menemanimu agar kejayaan menjadi milikmu, Janganlah kau hampakan harapan mereka yang dahagakan kejayaanmu, Sisihkan kerumitan yang melanda dirimu. Tabahkan keyakinan dipersada mindamu, Pahatkan keikhlasan dilubuk hatimu, Luhurkan tangan kehadrat ilahi, Lontarkan senyuman dibibir manismu, Kuatkan azammu, Dambarkan kejayaan bersama mereka yang menyayangimu....

"MOGA KEJAYAAN MENJADI MILIKMU"

Isnin, 28 September 2009

BeRuNTuNGNYa SeoRaNG WaNiTa

-->


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah .a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Wanita adalah makhluk Allah yang amat disayangi olehNya..
Jadilah wanita solehah di dunia dan akhirat InsyaAllah...(pesanan untuk diri sendiri juga)