Ahad, 23 September 2012

PUDING CUSTARD COCKTAIL WALID

Mula2 g beli barang ni :

 1 Bungkus Tepung Custard
  1 Bungkus Tepung Jagung
  1 Biji Telur
  1 Tin Susu Cair
  1 Bekas Nata De Coco
  1 Bungkus Jelly @ Sumi
  1 Tin Fruit Cocktail

Bahan puding:
Ø  1 cawan tepung custard
Ø  1 sudu besar tepung jagung
Ø  5 cawan air
Ø  sedikit gula
Ø  1 biji telur

Cara-caranya:
Campurkan semua sekali bahan2 di atas. Gaul sebati dan masak diatas api yg sederhana pastu kacau sampai pekat dan likat. Ha bila dah pekat dan likat, angkat dan masuk kedalam acuan yang berbentuk utk nampk lebih menarik. Biarkan sejuk sebentar dan masukkan dlm peti ais.

Kuah:
Ø  1 tin susu cair
Ø  1 tin air (guna sukatan tin susu cair ye)
Ø  Gula (klu nak manis lagi)

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan2 dan masak diatas api, jgn hingga didih membuak2. Biarkan sejuk dahulu.

Penyediaan:
Ø  Fruit Cocktail
Ø  Nata de coco
Ø  Sumi / Jelly

Cara Penyediaan
Ambil pudding dari peti ais dan keluarkan dari acuannya. Masukkan dlm bekas yg cantik. Tambahkan Fruit Cocktail. Kemudian taburkan jelly / sumi dan nata de coco (jgn terlampau banyak). Klu nak lagi sejuk tabah ais ketul

Rabu, 4 Julai 2012

SaRuNG BeKaS

 salam untuk semua.
kali ni bonda nak ajar
mcm ne cara nak buat
sarung bekas..
ok sediakan sebiji bekas yg kite nak,

contoh : bekas kaca yg mudah pecah.

mengait dari bawah dgn 7 rantai,
baris atas 14 gelong
baris sterusnya dtambah 1 gelong dan 1 rantai
sehingga mejadi 14 gelong d selang seli dgn 1 rantai
buat sehingga sebesar bekas kaca takdi

kite boleh tukar2 warna..
kemudian buat dinding bekas kaca takdi
dgn 5 gelong 5 rantai

kmudian di sambung baris atas dgn 10 rantai
akhir sekali 10 gelong

kemudian kait sebanyak mungkin untuk djadikan tali

masukkn tali di atas 

hasilnya seperti ini... 
boleh jadikan ia bekas hiasan, pasu bunga dan pelbagai lg
mudahkan???

Isnin, 2 Julai 2012

Rabu, 6 Jun 2012

MENGAIT BENANG






salam buat sahabat2 semua...
sekian lama tidak menulis blog, baru sekarang ade kesempatannya...
kali ini bonda nak berkongsi ilmu mengait pada kaum2 wanita... emm kaum lelaki yang berminat pun boleh turut serta.... pada mulanya mengait ni agar boring, geram semua ade la.. coz tak la pandai lagi... tapi bila lama2 kate cuba dan nak juga buat... akhirnnya ade hasilnya.. dan ia sangat menyeronokn... ok lah bonda mulakan ye2..

pertama sekali kite kena la pergi beli benang dan jarum... yang dekat kedah boleh la pergi beli kat rembo or kat kedai2 yang jual barang2 hantaran... insyaAllah ade... jarum boleh la guna yang no.1 dan benang cari la yang menarik.. emmm beli dua warna cantik..

lepas tu baru boleh mula mengait... ok kite kena kenal dulu kai tali air or kait rantai dan kit gelung... cara kait rantai ni macam ni :

kemudian cara mengait gelung macam ini pula :

ok bila dah boleh or pandai buat kedua2 cara takdi, boleh la sambung untuk membuat tapak kasut baby...

1.) mula2 kait rantai sebanyak 16 rantai.. (klu nak besar boleh kait panjang lagi)
2.) kemudian kait pula gelung di kelilingnya seperti ini
3.) lepas itu kait untuk kali kedua pula.. ha dah siap tapaknya

4.) untuk tepinya guna la warna yang berlainan baru cantik... kait di tepinya sehingga naik dua barisan...
5.) bahagi dua bahagian, satu untuk tumit dan satu untuk jari2 kaki baby... kait sebelah tumit menjadi satu barisan dan kait lebih tanpa bersambung di bahagian bawah sebayank yang diinginkan....kemudian matikan benang kait itu..... selamat mencuba... hasilnya mcm ni... macam2 lagi boleh buat...

KERONGSANG

Hasil kerja tangan bonda dan sokongan suami....
warna dipilih oleh suami.. 
kerongsang ini untuk dijual pd orang ramai.. 
RM1.50-Rm2.00 sebiji
sapa yg berminat boleh pesan..
(Alor Setar)

 Bunga Kain Bujur

Bunga Kain Bulat
bunga Kiambang

 Bunga Sakura 7k
 
Bunga Sakura 5k

 
Bunga Rose

 Bunga Kupang

Bunga Sakura 5k
keychain bola

 
 keyhain love

...hasil selama seminggu ketika lapang...

Sabtu, 12 Mei 2012

uNTuk iBu-iBu BeRSaLiN

MEMPEROLEH badan yang sihat dan langsing seperti sedia kala menjadi idaman wanita yang baru saja melahirkan anak. Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa membosankan. Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan. Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.

Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas. Berbengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul, justeru, bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
 
Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Bengkung yang baik mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan anda.
 
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi.

Pemakaian bermula hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Bagi mendapat kesan maksimum pakai minyak panas dulu sebelum berbengkung.

Bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14. Sebaik-baiknya anda mempunyai dua bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya.

Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram. 

Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.

Sebelum bertungku besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana. Kemudian tungku dibalut dengan kain cita yang sudah dilapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau lengkuas. Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.
 
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Bertungku penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi menggunakan minyak angin seperti serai wangi atau kayu putih selama satu jam atau lebih. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kotoran. Berurut juga membantu membanyakkan susu ibu dalam tempoh berpantang.

Setelah selesai bertungku dan berurut, wanita bersalin digalakkan mandi menggunakan air rebusan daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, pisang kelat, capa, inai, bebuas, mengkudu dan rempah halba untuk membuang angin, menyegarkan urat, memulihkan tenaga, menghilangkan bau badan, membantu melancarkan pengeluaran susu ibu serta mengatasi masalah kebas dan sengal tulang.

Selain amalan di atas, pemakanan juga harus dijaga dengan mengamalkan makanan kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Elakkan minum air batu kerana akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah-ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.

Ibu harus tahu makanan apa yang boleh dimakan atau tidak kerana ibu yang menyusukan anak harus menitikberatkan makanan berkhasiat dan mengelak makanan berangin supaya bayi tidak kembung selepas disusukan,.

Selain amalan berpantang untuk ibu, bayi juga harus dijaga sebaiknya. Amalan memakaikan barut (binder) untuk bayi memberi banyak manfaat antaranya mengelak bayi kembung, perutnya tidak mudah dimasuki angin, sekali gus memberi keselesaan kepada bayi. Namun, pastikan ikatan barut tidak terlalu ketat. Minyak bayi juga boleh digunakan bersama barut untuk memberi keselesaan dan membuang angin dalam badan.

Bayi juga perlu dibedung supaya sentiasa tidur lena dan dan tidak mudah terkejut. Pemakaian bedung memberi keselesaan kepada bayi seakan seperti berada di dalam perut ibu mengandung.

Selasa, 10 April 2012

cara mengait kasut baby

Assalamualaikum buat sahabat2 semua...
sekian lama tidak menulis blog, baru sekarang ade kesempatannya...
kali ini bonda nak berkongsi ilmu mengait pada kaum2 wanita... emm kaum lelaki yang berminat pun boleh turut serta.... pada mulanya mengait ni agar boring, geram semua ade la.. coz tak la pandai lagi... tapi bila lama2 kate cuba dan nak juga buat... akhirnnya ade hasilnya.. dan ia sangat menyeronokkan... ok lah bonda mulakan ye2..
pertama sekali kite kena la pergi beli benang dan jarum... yang dekat kedah boleh la pergi beli kat rainbow or kat kedai2 yang jual barang2 hantaran... insyaAllah ade... jarum boleh la guna yang nombor 1 dan benang cari la yang menarik.. emmm beli dua warna cantik..



lepas tu baru boleh mula mengait... ok kite kena kenal dulu kait tali air or kait rantai dan kait gelung... cara kait rantai ni macam ni :










kemudian cara mengait gelung macam ini pula :


ok bila dah boleh or pandai buat kedua2 cara takdi, boleh la sambung untuk membuat tapak kasut baby...::
1.) mula2 kait rantai or tali air sebanyak 16 rantai.. (klu nak besar boleh kait panjang lagi)


2.) kemudian kait pula gelung mengelilingi rantai or tali air tersebut seperti ini


3.) lepas itu kait untuk kali kedua pula.. ha dah siap tapaknya



4.) untuk tepinya guna la warna yang berlainan baru cantik... kait di tepinya sehingga naik dua barisan...




5.) bahagi dua bahagian, satu untuk tumit dan satu untuk jari2 kaki baby... kait sebelah tumit menjadi satu barisan dan kait lebih tanpa bersambung di bahagian bawah sebayank yang diinginkan....kemudian matikan benang kait itu..... selamat mencuba...

hasilnya mcm ni... macam2 lagi boleh buat... buat topi baby… baju… ha buat bunga pun boleh dan kite boleh jual untuk pendapatan… bonda suka tau… menarik




Rabu, 1 Jun 2011

WANG HANTARAN DAN MAS KAHWIN

  1. Apa beza wang hantaran dan mas kawin?
  2. Mas kawin adalah wajib semasa melangsungkan perkahwinan. Bakal suami wajib membayar sejumlah wang - emas - atau sebagainya kepada bakal isteri. Menjadi hak bakal isteri.
  3. Wang hantaran pula adalah budaya masyarakat setempat, permulaan tanggungjawab seorg suami dan kepecayaan ibu bapa utk seorg lelaki menjaga ank daranya( jaminan).
  4. Jika di Kelantan, tiada istilah wang hantaran. Istilah mas kawin dan wang hantaran ditafsirkan perkara yang sama. Selalunya hanya mas kawin, disebut dalam akad dan menjadi hak perempuan. Terpulang pada isteri jika beliau ingin memberi sebahagian pada keluarga untuk belanja perkahwinan. Sebahagian untuk membeli emas serta perhiasan. Dulu, orang perempuan boleh membeli tanah dengan mas kawin!
  5. Di luar Kelantan, mas kawin telah ditetapkan mengikut negeri. Daripada beberapa ringgit kepada beberapa ratus ringgit.
  1. Persepsi dan budaya yang tidak betul seperti berikut :-
a. Masyarakat amat mementingkan wang hantaran. Jumlahnya menjadi modal untuk berbangga sesama jiran tetangga. Dalam Islam - kita disuruh untuk mempermudahkan perkahwinan. Jika wang hantaran sahaja sudah mencecah berpuluh ribu ringgit, mana lagi duit untuk belanja kenduri? Tiada cara lain melainkan berhutang dengan bank @ along! Taraf pendidikan anak serta jenis kerjaya bukan alasan utama untuk menentukan nilai wang hantaran.
b. Pihak lelaki terpaksa mengeluarkan belanja kenduri semasa perkahwinan di pihak perempuan. Bukankah kenduri itu tanggungjawab ibubapa? Ada masyarakat yang menggunakan duit hantaran untuk belanja kenduri. Tinggi wang hantaran, meriahlah kenduri. Pihak lelaki tadi sudah tentu baru bekerja. Hutang PTPTN belum habis, loan kereta belum habis, apa yang diharap bakal suami ini untuk menjana serta menyara ekonomi selepas perkahwinan? sudah tentu dia akan terlibat dengan rasuah selepas kawin kerana hutang kawin terpaksa diselesaikan selepas beberapa tahun kawin!
c. Duit saguhati semasa kenduri. Sudah menjadi budaya, tetamu yang datang akan menghulurkan wang untuk membantu meringankan beban keluarga. Adakah betul tu? Kenduri disunnatkan untuk meraikan perkahwinan, untuk berkongsi kegembiraan, serta sebagai makluman kepada saudara, rakan taulan mengenai perkahwinan tersebut. Jadi, tiada istilah dibantu. Buat sekadar yang mampu. Kalau buat majlis melebihi kemampuan, sudah tentu tidak gembira selepas perkahwinan. Jika semua tetamu dari kalangan orang kaya raya ok, tetapi bagaimana jika orang miskin, hendak datang ke majlis kawin pun berfikir banyak kali.
d. Majlis perkahwinan anak bukan promosi politik atau apa sahaja niat yang ada.
e. Majlis perkahwinan bukan pentas pertandingan. Bertanding jumlah wang hantaran paling tinggi. Bertanding jumlah wang yang dapat dikutip selepas majlis kawin. Bertanding untuk menentukan majlis anak mana yang paling 'berjaya'. Ingat, utamakan yang wajib, jangan berlebih - lebihan dengan perkara sia - sia hingga membazir.


sesungguhnya, saya tahu ramai di luar sana tidak bersetuju dengan saya. Ibarat menongkah arus deras budaya masyarakat Melayu. Kita kena kembali pada ajaran agama, kelak kehidupan sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan tidak akan dibebani pelbagai masalah pada masa hadapan.
Ingatlah, bukan semua lelaki di luar sana anak orang kaya. Ada yang baru bekerja. Masih membayar hutang PTPTN. Masih mempunyai ibubapa serta adik - adik untuk dibantu. Dia juga bakal menyara seorang isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan. Dia juga perlu menyediakan rumah, belanja dapur, serta segalanya untuk anak perempuan atau isterinya nanti.
Jika beliau telah mengeluarkan berpuluh ribu duit semasa berkahwin, adakah mahligai masjid yang dibinanya itu nanti akan kukuh? Dari mana sumber kewangan itu hendak di cari?


Menteri Besar Kelantan mendakwa, semua anak perempuannya bermas kawinkan hanya seribu ringgit. Perempuan yang baik adalah yang paling rendah maharnya.
Buatkan kenduri mengikut kemampuan. Jangan berhutang.


" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN ITU SATU PERMULAAN TANGGUNGJAWAB YANG BAKAL GELAR SI SUAMI ? "
Aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana ini merupakan tanggungjawab penting seorang lelaki. Lelaki akan menjadi ketua dalam sebuah institusi kekeluargaan jadi segalanya bergantung kepada seorang lelaki. Nafkah zahir dan batin juga lelaki yang sediakan. Jadi, hantaran ini adalah sebagai tanggungjawab permulaan sebagi seorang lelaki. Walaupun bagi sesetengah lelaki ini adalah sesuatu yang sangat berat disebabkan sesetengah bakal isteri (keluarga sebelah perempuan) menetapkan nilai hantarannya. Tapi percayalah wahai lelaki, semua ini kita akan mendapat keberkatannya nanti insyaallah.
Bagi bakal isteri pula, janganlah terlalu meminta-minta berapa banyak nilai hantaran tersebut. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan bakal suami anda. Memang sesetengah lelaki menurut sahaja apa yang diminta oleh bakal isterinya tapi kita perlulah memahami situasinya. Kehidupan selepas perkahwinan itu yang penting. Tak perlulah meletakkan nilai yang terlalu tinggi sehinnga menyusahkan pihak lelaki untuk menyediakannya. Ini kerana, selepas pernikahan yang sah, sudah pastinya si lelaki akan menjaga isterinya dengan baik. Ingatlah, harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan yang kekal selamanya.
Oleh itu berpada2 dalam wang hantaran….