
Ya Allah.... Tidakku sedari Selama ini cintaMU tak pernah menyepi Rahmat Kasih SayangMU yang tiada bertepi Setiap hambaMU tetap KAU sayangi Biar pun banyak dosa yang menghimpit diri ini Janji pada hambaMU tidak pernah KAU mungkiri Maafkanlah... Redhailah...
Assalammualaikum......
Bonda ada satu cerita yang nk di kongsi....pada suatu hari ada dua ekor binatang berdiri atas tanah.....dan 1 tinggi 1 rendah....nape ye????sebab ape tau...sebab sang kancil kaki panjang sekor lagi kura-kura...
Mcm ni ceta dia....ada seorg hamba Allah ni bercerita.... ” masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....
so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ...
next..mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .
Tarikh : 12, 13 & 14 Mac 2010
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat : Muassasah Darul Ulum
TEMa : ” Mem
antapkan ukhwah generasi Rabbani”
rindu akak kat semua... tambah group 10...dtg ye adk2 akak...eee...tgok 2 gmbar kte masa makan kat tepiair..minum air bandum panas hehehe....pengalaman tu...yang kat atas tu bersama2 teman2 nisa'..x sangka boleh jmpa dgn kwn2 lama... oh ye...nak tau tentatif program buka la http://kembinasahsiah.blogspot.com/

Salam sejahtera pada smua sahabat-sahabat bonda…kali ini bonda bonda bahasakan diri ana…agar lebih mudah bonda sampaikan tazkirah bonda dari hati ke hati sahabat-sahabat smua…
Semoga sahabat-sahabatku berada dlm keadaan cihat wal’afiat hendaknya dlm menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini. Kite hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah S.W.T. sememangnya mendatangkan ujian kpd setiap hambaNYA bagi menilai sejauh mana hambaNYA ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap kite merasakan 'MANIS'nya ujian itu. ‘MANIS’nya IMAN itu dan ‘INDAH’nya HIDUP itu…
Rasanya ramai sahabat-sahabat ana yang lebih berkelayakan dari ana untuk memberi tazkirah. Tapi pada kali ini ana cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat-sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kite kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Setiap Insan perlu diingat-ingatkan selalu… agar sentiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat-sahabat memperingatkan ana dan ana pula memperingatkan sahabat-sahabat. Sama-sama kite saling menasihati…. Betulkan????
Untuk kali seterusnya ana tazkirah kali ini… “ANA BERHARAP…. SAMA-SAMA KITE SALING NASIHAT MENASIHATI ANTARA SATU SAMA LAIN… DAN ANA HARAP JUGA SAHABAT-SAHABAT ANA DAPAT MEMBERI KOMEN APE YANG ANA SAMPAIKAN INI UNTUK D KONGSI BERSAMA-SAMA… SEDIKIT ILMU YANG Di CURAH KEMUDIAN Di TIMBA, LAMA KELAMAAN BERTAMBAH ”
Sahabat-sahabat ana yang d kasihi…
Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang dan mudah. Kadang kalanya kite d kata… tapi itulah sebenarnya ujian untuk kite teguhkan pendirian kite kepada yang baik dan lebih baik… manusia bertopengkan syaitan memang tidak senang melihat orang lain melakukan perkara yang baik… jadi kesukaran itu perlu kite lalui… Apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang d mimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran… jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju kedinginan musim sejuk kerana kite d lahirkan denganjiwa yang suci… putih…
Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kite???? Satu persoalan yang bermain di minda ana. Mungkin juga bermain minda sahabat-sahabat semua… ramai yang menjawab ya… yes… na’am...
Bukti sensitifnya kite terhadap diri kite adalah kite sentiasa muhasabah diri kite… Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya.
EMM… Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya???? Macam mana nak muhasabah diri kite???? Boleh semua sahabat-sahabt bertanya pada diri sendiri…
Sahabat-sahabat yang ana sayangi…
Tiap-tiap hari MUHASABAH atau MENGHITUNG DIRI mesti berlaku dan perlu d lakukan… lagi elok sbelum kite tidur… Kita menghisab atau menghitung segala apa yang kite lakukan pada hari tersebut… Hari ini banyak mana kebaikan yang kite lakukan… Banyak mana kejahatan yang kite lakukan... pahala ke dosa ke kite dapat????
Cuma ana nak pesan pada sahabat-sahabat dan diri ana sendiri sebenarnya tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian!!
( “Kite digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kite telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kite buat. Jangan!!! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kite rasa yang kite sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga atau riak bahawa kite ni baik dan berperibadi mulia. Ini la bahaya nyae... Lepas itu kite akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. ana harap sahabat-sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang pendek ni." )
Kite digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kite buat pada hari esok dan berikutnya. Kite mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kite lakukan.
ana nak beri satu contoh yang waqi' atau praktikal berada di dalam kehidupan kite. Pada hari sahabat-sahabat yang sedang membaca emel ini, adalah hari yang pertama…. Muhasabah berjalan seperti biasa.
Kata (di dalam hati) sahabat.. esok sahabatku mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat-sahabat dengan taqdir Allah S.W.T.. Sahabat-sahabat harus mencari peluang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Peluang atau Ruang untuk kite melakukan kebaikan ada yang datang secara kite tak jangka & ada yang dah pun kite jangkakan,kite juga perlu mencari ruang kebaikkan itu sendiri…
Ok.. ana bagi misalan Yang kita jangka… macam… selepas solat Subuh misalannya. sahabat membaca Al-Quran, surah-surah pilihan, ma’thurat, berzikir,bertasbih, berwirid & sebagainya (kebaikan).
Yang kite tak jangka pulak…contohnya… ada peminta sedekah yang tidak terdaya meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa..berat... Semua itu "BONUS' dari Allah buat kite sebagai ruang atau peluang mencari kebaikan. Jadi d situlah kite menabur kebaikan. Mana kita sangka, ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kite. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kite semua...tindakan sahabat-sahabat…Pahala yang tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan!!! betul tak sahabat-sahabat ana……
Manakala yang perlu kite cari sendiri seperti kite menawar diri pada sesuatu perkerjaan atau amalan yang baik atas niat yang baik tapi bukan atas niat menunjuk atau sebagainya…kerana kite perlu berusaha untuk mendapatkan hasilnya… usaha tanda kejayaan..kejayaannya adalah di akhirat kelak….
Sahabat-sahabat ana yang di cintai
Sebagai Kesimpulan dari perkara ini ialah kite mesti berfikir akan kebaikan yang akan kite lakukan dan JANGAN sekali-kali kite fikir atau ungkit-ungkit kebaikan yang telah kite laakukaan !!!!jangan sahabat-sahabat…
Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kite tak payah susah-payah fikir atau ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu…maksudnya hati tu kotor!!! Yee lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.
Bagi muslim sebenar, kite kena renung-renung dan fikir-fikirkan, atau kite kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yang telah kite lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kite bahawa lemahnya kite….. Selepas berfikir tu, kite kena la susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke lembah kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kite tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu…jangan la pula keinsafan tu sebentar aje, sekejap je…pas tu ulang lagi…. Buat lagi…Buang la yang keruh ambil la yang jernihh…
Habis la sudah tazkirah ana yang tak seberapa ni…. harap-harap sahabat-sahabat dan ana sendiri dapat mengambil iktibar…. dan kite berjumpa lagi di hari yang datang dengan kisah yang menarik untuk d kongsi bersama….oh ya….pada sahabat-sahabat yang sedang membaca ni…ana nak cadangkan syariah unity adakan program luar kampus yang boleh memantapkan ilmu & ukhwah siswa siswi syariah tahun3…:-)
Terima kasih buat sahabat-sahabat ana yang sudi membaca memberi sedikit sebanyak komen nanti…. Sama-samalah kite buang yang keruh dan ambil yang jernih dan sama-sama juga kite bantu sahabat-sahabat yang mahu berubah…tidak perlulah kite mengata antara satu sama lain…
salam semua sahabat2 bonda yang dikasihi selalu.....
kali ini bonda dtangkan dgn satu pandangn...setelah baca bonda minta sahabat2 bagi komen walaupun satu ayat...bonda juga harap sahabat2 dapat berkongsi dengan bonda...bonda nak sahabat2 smua faham...dan teliti bab dakwah ni....ape tu dakwah???jawapan buku teks darjah enam tauhid : menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah....buka balik buku n baca sampai habis...kata seorang itu : seruan buat baik dan tinggalkan kejahatan....kiranya dakwah ni one method untuk menjalankan tugas sebagai hamba Allah, sebagai khalifah. Sebab Allah dah pesan suh amar makruf nahi mungkar....kalau dalam konteks sekarang, dakwah dah ade pelbagai cara.
Jika terlihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan jika mampu.
kalau tak mampu, gunakan lisan....jika tak mampu, cegahlah mengggunakan hati, sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman.
Dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana. dakwah boleh dlakukan dengan pelbagai cara. Kepesatan pembangunan teknologi merupakan satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam memartabatkan dakwah agar pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan berkesan. Kombinasi kedua- dua elemen iaitu dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Kehebatan teknologi yang wujud pada era sekarang harus dipandang sebagai satu kelebihan untuk dimanfaatkan bagi mereka yang bergelar teknodaei atau pendakwah pada zaman ICT.
Menyoroti sejarah bagaimana dakwah Islam mampu tersebar dan disampaikan kepada umat manusia, kisah Nabi Musa a.s boleh dijadikan iktibar. Bagaimana baginda dianugerahkan oleh Allah dengan mukjizat tongkat adalah kerana pada zaman tersebut, kepakaran sihir adalah antara ciri kekuatan dan menjadi pelindung kepada kezaliman penguasa. Hakikat inilah yang memaparkan bahawa cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa. Bertitik tolak daripada itulah, zaman teknologi maklumat tanpa batasan ini perlu diambilkira dalam aspek penyampaian risalah Allah.
sini bonda datangkan dengan pelbagai jenis dakwah yang boleh kita bawa...yang boleh kite jalankan dengan bil hikmah(tidak berkasar), bil maui'zah(penuh nasihat)tapi niat kena baik...baru mad'uu akan ikut...bil mujahidah(berdebat)....kebelakangan ni bonda slalu dengar hal2 berkaitan dgn dakwah...ini ok...ini x ok....ni betul...itu x....mcm2 la...org ni salahkan org ni....manusia2...
bahan2
2kg pgangan teguh kpd tuhan & ajaran agama...
1kg rasa cinta & kasih sayang sentisa membara...
1kg rasa kesyukuran & ketakwaan...
4cawan rasa tanggungjawab...
3cawan daya penambat hati...
2cawan penuh puji2an, kmesraan & gurausenda...
2cawan pati kemaknusiaan...
2cawan keyakinan dri msing2, drongan & skongan...
1cawan rasa kepuasan...
1cawan budi bahasa...
1cawan perasaan tmbang rasa...
1cawan tolak ansur & toleransi atas sgala ksilapan & klemahan2 pasangan...
2gelas ucapan terima kasih...(disiram selalu)
1sukatan peruntuhan kewangan yang cukup...
2orang anak kecil sekurang2nya...
4cawan penuh pengucupan maafkan daku...
secubit campur tangan mertua...
cara-cara...:::
1.)adun dgn crmat smua bahan...asing rasa cemburu...curuga...
cikap mengkritik...marah dan sakit hati...
2.)panaskan dgn api kesetiaan dan kejujuran....
3.)hiaskan dgn ank2 kecil dan bunga2 cinta suci…
bonda ucapkan selamat pengantin baru pada sahabat bonda yang dah brkahwin n akan berlangsung x lama lagi....moga berbahagia...